Jumaat, 31 Disember 2021

PAKATAN BERJAYA - PAKATAN BUNGKUS

 



Melayu mudah sokong Pakatan jika pembangkang bersatu, kata Amanah

PELUANG pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang lebih cerah sekiranya semua parti itu bekerjasama dalam satu kumpulan, kata pemimpin Amanah.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, pengundi Melayu lebih yakin dan akan kembali menyokong sekiranya berada dalam satu kumpulan seperti pada PRU14.

Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata kerjasama itu bagaimanapun perlu lebih besar dan melangkaui Pakatan Harapan (PH) – gabungan yang menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Saya tak fikir khemah besar dalam konteks PH tetapi khemah besar dalam konteks pembangkang dalam negara, barulah kita boleh yakinkan rakyat kita boleh membawa Malaysia ke depan.

“Bagi saya pada PRU15 rakyat akan memilih kelompok yang bagi dia paling bersatu.

“Siapa yang lebih bersatu dia akan diterima rakyat, kerana bagi mereka apa sahaja isu dimainkan tapi yang penting adalah membawa Malaysia ke depan mesti membina kesepakatan bersama,” katanya.

Bekas ketua menteri Melaka itu berkata parti pembangkang mempunyai kelebihan masing-masing dan boleh digembleng untuk menjadi kekuatan yang memberikan kelebihan berbanding gabungan kerajaan.

“Untuk kuatkan sokongan orang Melayu memang kena ada kerjasama semua parti pembangkang untuk menghadapi BN itu.

“Memang ada sebahagian parti politik (pembangkang) berlandaskan Melayu seperti Pejuang, dan sebahagian lain berteraskan Islam yang diperjuangkan Amanah, DAP membawa semangat demokrasi, seperti PKR pula parti pelbagai kaum.

“Kalau semua kelebihan disatukan dalam pembangkang, ia ada kelebihan kepada rakyat untuk melihat,” kata Adly.

Adun Bukit Katil itu berpandangan Amanah mampu menjadi pilihan orang Melayu sekiranya mereka menjuarai penyatuan pembangkang.

Penyatuan pembangkang itu menjadi sasaran serangan BN sejak PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), sehinggalah Bersatu keluar PH, dan menyebabkan kerajaan jatuh pada 2020, katanya.

“Untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, Amanah harus menjadi sebahagian daripada pengusaha bagi satupadukan pembangkang dalam negara.

“Kita lihat parti pembangkang di Malaysia berpecah belah. Untuk ke depan pembangkang mesti disatukan.

“Kalau tidak bagi saya BN akan kekal menguasai negara kalau pembangkang berpecah belah kerana memang salah satu strategi BN sentiasa berusaha pecah-belahkan pembangkang untuk mereka berkuasa,” katanya.

Strategi BN itulah yang membolehkan gabungan tersebut terus mentadbir kerajaan sedangkan parti berkenaan tidak mempunyai kekuatan sebenar.

“Tugas Umno adalah untuk pastikan lawan mereka terus berpecah belah, tugas kita di pembangkang ini mesti berusaha menyatukan, kalau tidak BN akan terus kekal, bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana kita berpecah, itu sahaja,” katanya.

Kajian Merdeka Centre pasca PRU14 mendapati, gabungan PH yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP, dan Amanah dianggarkan memperolehi sekitar 25% ke 30% undi Melayu, yang membolehkan mereka membentuk kerajaan dan menewaskan BN.

Waktu itu, BN dan Umno hilang kira-kira 20% daripada sokongan pengundi Melayu yang diperolehi pada PRU13.

Namun, selepas Bersatu meninggalkan PH dan menubuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, gabungan itu turut membawa sokongan pengundi Melayu bersama mereka.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 bulan lalu menunjukkan PH gagal mengekalkan trend sokongan orang Melayu yang diperolehi dalam PRU14.

Pembangkang hanya mendapat kira-kira 14.3% sokongan Melayu berbanding 27.3% pada PRU14.

Mengakui perkara itu, Timbalan ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata gabungan pembangkang gagal menguasai undi Melayu sejak kerjasama dengan PAS dalam PR lagi.

Jelasya, parti berteraskan Melayu yang masuk dan keluar gabungan itu memberi kesan kepada prestasi pembangkang dalam pilihan raya.

“Pada 2008 hingga 2013 kita ada PAS, tetapi bila PAS keluar daripada PR kita kehilangan undi teras Melayu yang agak besar tapi diganti dengan Bersatu pada 2018 yang buat kita menang pilihan raya umum.

“Namun selepas berlaku pengkhianatan dan Bersatu keluar (daripada gabungan) menyebabkan undi Melayu kembali merosot kepada PH,” kata Faiz.

Faiz menyalahkan politik agama dan kaum dimainkan PAS dan Umno yang mengakibatkan Amanah gagal menawan hati pengundi Melayu.

Menurutnya, Amanah berusaha memberikan kefahaman kepada pengundi Melayu berkenaan politik integriti yang mempunyai nilai dan mengelak daripada menggunakan slogan agama dan kaum.

“Kalau sekadar nak dapatkan sokongan orang Melayu, dengan permainkan sentimen perkauman, dan mainkan isu yang boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakya,t itu bukan agenda politik jujur yang ada nilai.

“Kita nak bawa rakyat ke depan, Amanah memang terasnya Islam, sudah tentu yang diperjuangkan isu Islam melibatkan Melayu, tapi kita kekal dengan politik nilai, kejujuran dalam berpolitik,” katanya.

Adun Permatang Pasir itu percaya sokongan komuniti tersebut dapat ditarik kembali dengan penglibatan tokoh besar Melayu.

“Kem pembangkang perlu dibesarkan dengan melibatkan parti lain kerana sokongan Melayu di akar umbi kepada PH masih rendah.

“Jadi jika ada gabungan lebih besar libatkan tokoh Melayu lain daripada Pejuang contohnya, boleh menambah sokongan Melayu kepada pembangkang dan Amanah sendiri,” kata Faiz.

Namun katanya, beban mendapatkan sokongan Melayu itu tidak seharusnya diletakkan di bahu Amanah semata-mata.

“Memang undi teras Melayu fokus Amanah selama ini dan perkara yang sering dibincangkan dalam parti, tetapi sokongan undi Melayu ini bukan hanya kena dilihat kepada Amanah saja, keseluruhan PH sebenarnya,” tambah Faiz.

Amanah juga perlu menilai semula pendekatan mereka supaya mudah didekati orang muda, yang merupakan sasaran pengundi baharu selepas golongan berumur 18 tahun dibenarkan mengundi.

“Saya yakin majoriti kebanyakannya anak muda Melayu yang boleh berikan titik perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita faham orang muda ini masih tak buat apa-apa pendirian mana-mana parti politik mereka ikut suasana dan arus, ini peluang terbaik Amanah dapatkan undi orang Melayu di kalangan orang muda,” katanya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu pula berkata pengkhianatan yang mengakibatkan kejatuhan pentadbiran kerajaan PH sebelum habis penggal antara faktor gabungan itu sukar mendapatkan kepercayaan pengundi Melayu.

“Itu kerana kita tak berjaya habiskan pemerintahan satu penggal, di Pulau Pinang lawan kita tak berdaya dah,” katanya.

Ia dapat dilihat apabila muncul demonstrasi digerakkan pihak lawan dengan mengangkat isu nasib orang Melayu sewaktu kerajaan pimpinan DAP mula mengambil alih pentadbiran, katanya.

“Dah masuk penggal pertama (kerajaan Pulau Pinang) demonstrasi terhadap nasib orang Melayu dan sebagainya.

“Penggal kedua tidak ada demonstrasi, hanya memorandum. Masuk penggal ketiga, lawan dah macam mati,” kata Mohamad.

PH juga harus menyedarkan pengundi Melayu bahawa soal integriti dan ketelusan lebih penting dan harus diutamakan berbanding persoalan sempit isu kaum dan agama.

Perkara itu menyebabkan isu seperti usaha membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng menjadi isu lebih besar daripada penyelewengan tanah orang Melayu.

“Ada anggapan kalau tanah orang Melayu hilang beri kepada tauke besar orang tak sensitif, tapi kalau abu Chin Peng di bawa balik (ke dalam negara, boleh) perang… Kerana persepsi yang ditanam lama.

“Rasuah pun tak apa, menyeleweng pun tak apa asalkan dia Melayu, ini fahaman celaka yang perlu dibanteras, ini yang mengakibatkan kemunduran kepada orang Melayu,” katanya. – 31 Disember, 2021.

PAKATAN BOLEH

BERJAYA

AMIN

PAKATAN BOLEH

BUNGKUS

AMIN

UNTUK BERJAYA

DIRIKAN SATU

BARISAN BARU

YANG LEBIH LUAS

AMIN

SATU AGENDA

SAHAJA

AMIN 

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

AMIN

PAKATAN AKAN

BUNGKUS JIKA

ANWAR MASIH

KLIM NAK JADI PM

AMIN

SEMUA PARTI

SEMUA SOSOK

AKAN BERSATU

DENGAN

TIBAI

AMIN

TOLAK INSAN

BERNAMA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

INI HAKIKAT

POLITIK TERKINI 

 MENJAMIN PAKATAN BUNGKUS

KHALAS

5 ulasan:

Unknown berkata...

Pilih balik yang mengkhianati mandat rakyat ke... Yg letak jawatan tanpa bincang. Masa nk jadi pm siap tandatangan perjanjian. Dapat kuasa mulalah tunjuk belang

Unknown berkata...

Nak pilih lagi ke pengkhianat

Yeop sepet berkata...

Mat sabu bodo,bila tak dpt undi melayu salahkan umno pas main sentiment melayu. Hangpa PH yg bodo,bagi peluru pd umno guna isu kaum. Ada cina bukit sohai mcm Ronnie Liu,keling mabuk mcm ramasamy angin tadak tetibe serang melayu Dan agama. Kalu hangpa amanah Takde kept ur fuckin mouth shut,kalu depa reti sound balik Cina Hindu facist dlm dap,tak laku labun umno. Dah hangpa pun Tak menyakinkan org melayu ,jadik pengecut dgn DAP,salah pengundi melayu plak xnak undi hangpa apa punyer bodo le mat sabu. Hotak lu la,nie negara asal org melayu Kita majoriti,bukan Kita yg kene kawtaw dgn depa tapi depa yg kene kawtaw ngan kita.dah bagi duk sini,kongsi nikmat bumi Allah beri smpai depa lg kaya drp org asal,dah drive org melayu smpai ke laut mcm kt penang,lagi nak serang2 org melayu konon melayu racist.oi Ronnie Liu,kalu melayu racist hangpa xkan ada pun kt sini.lama dah kami halau Kome balik fonshan balik Hakka balik Hainan balik Tamil Nadu.fak la DAP.

Tanpa Nama berkata...

Bagi Dua tahun pun tak boleh buat apa apa, jadi Melayu sokong balik penyamun, biar lah penyamun tapi sistem Masih berjalan kah kah kah macam kata orang a known devil lebih baik dari unknown saint kah kah kah pi mampooosss lah pakatan

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya ke15 nanti pangkahlah parti atau gabungan yg korang tak suka. Misalnya kalu korang suka PH tp Umno/BN ada bertanding korang pangkah je Umno/BN yg korang tak suka tu. Kalu Bersatu lwn Pejuang korang suka Pejuang pangkah saja parti yg korang tak suka iaitu Bersatu. Sebabnya bila Umno atau parti yg korang tak suka itu menang dan bentuk kerajaan akan ada langkah sailang Langkah Concorde ke Langkah Hilton ke yg akan jd kerajaan baru. Maka kalahlah UmnoBN yg korang pangkah tu nanti kena sailang mcm PRU14 dulu. Kerajaan baru yg akan dibentuk adalah kerajaan yg korang suka tp yg korang tak pilih. Kehkehkeh