Selasa, 7 September 2021

TIM BANDUAN AMBIL ALIH

 

TIM BANDUAN

AMBIL ALIH

AMIN

BILA TIM BELOT

SUDAH 

JADI KENG

KHALAS


Tajuddin atau Azeez Rahim calon pengerusi PNBBC, kata sumber

Ahli Parlimen Umno Tajuddin Abdul Rahman dan Abdul Azeez Abdul Rahim antara nama yang dicadang sebagai pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) yang baharu, kata sumber.

Jawatan itu kosong selepas pengerusi PNBCC sebelum ini Shahidan Kassim yang juga ahli Parlimen Umno dilantik menteri dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob.

Sumber ahli parlimen kerajaan memberitahu The Malaysian Insight nama Tajuddin dan Azeez antara yang paling disebut sebagai pengganti Shahidan.

“Jawatan pengerusi PNBBC akan dipilih dalam kalangan ahlinya dan nama dua ahli Parlimen ini yang dicadang untuk menggantikan Shahidan Kassim,” kata sumber.

Keputusannya akan dimuktamadkan minggu ini, sebelum Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 13 September, tambah sumber.

PNBBC adalah kumpulan ahli parlimen kerajaan yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan sebagai menteri atau timbalan menteri, yang sebelum ini dikenali dengan nama kelab penyokong kerajaan.

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos menamakan Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini adalah pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tetapi ditamatkan perkhidmatan selepas pelanggaran dua tren transit aliran ringan (LRT) pada Mei 2021.

Beliau adalah antara kumpulan ahli parlimen Umno yang bersama Ismail Sabri mendukung Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Azeez adalah ahli Parlimen Baling dan sedang dibicarakan di mahkamah berhubung tuduhan rasuah dan cuci wang haram melibatkan projek di Kedah dan Perak. Beliau antara 15 ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin. – 7 September, 2021.

SEMUA 

SEMBAHYANG

UNTUK MINTA

BEBAS DARI

PENJARA

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: