Isnin, 17 Januari 2022

ADAM BAKI - BOLEH SELESAI - IKUT CONTOH IMAM MASJID AL-ISLAHIAH

 



Azam mesti telus, terbuka untuk bersihkan nama, kata Tunku Aziz

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki perlu berhenti menyaman wartawan atau sesiapa sahaja yang membangkitkan kontroversi pemilikan saham membabitkan dirinya, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Bekas pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu berkata Azam sepatutnya mengalu-alukan siasatan penuh dijalankan bagi membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan.

“Beliau tak patut saman sesiapa pun. Sepatutnya sedia disiasat, bukan untuk bersihkan namanya tetapi melindungi SPRM. Kalau tiada apa-apa hendak disembunyikan maka sepatutnya tiada masalah jalankan siasatan penuh.

“Beliau mesti terbuka dan telus untuk bersihkan namanya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Azam mendapat perhatian meluas selepas beliau didakwa memiliki 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Berhad pada 2015, serta 1.93 juta saham dalam Gets Global Berhad pada tahun sama dan 1.02 juta lagi saham dalam Gets Global pada 2016, selain kemungkinan beliau tidak mengisytiharkannya.

Pada sidang media pada 5 Januari lalu, ketua SPRM itu mengakui saham-saham dalam dua syarikat senaraian awam dibeli oleh adik beliau Nasir Baki di pasaran terbuka menggunakan namanya.

Azam berkata beliau yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa berhubung isu pemilikan saham tersebut.

Susulan pengakuannya, Suruhanjaya Sekuriti menuntut penjelasan beliau atas kemungkinan berlaku perlanggaran Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Menurut SC, di bawah Seksyen SICDA setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

Minggu lepas Azam memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap wartawan bebas Lalitha Kunaratnam berhubung dua artikel bertajuk “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part 1)” dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part 2)”.

Ketua SPRM itu juga memohon injunksi menghalang Lalitha atau pihak lain yang dikaitkan dengannya mengulangi dakwaan pemilikan saham dalam syarikat senarai awam.

Tunku Aziz, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat khas kepada bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan, berkata sebagai ketua pesuruhjaya SPRM Azam mesti bebas daripada sebarang kontroversi.

“Perkara ini serius kerana beliau bukan penjawat awam biasa. Beliau harus mendukung integriti.

“Seseorang dalam kedudukannya mesti bersih dan bebas daripada segala syak wasangka.

“Pada pandangan saya walaupun semuanya mengikut lunas undang-undang, pertimbangan profesionalnya sangat mencurigakan. Kerana anda tidak boleh mengambil tindakan yang boleh menimbulkan sebarang keraguan terhadap peribadi atau integriti anda,” katanya.

Azam dipanggil untuk hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada Rabu bagi menjelaskan kontroversi yang dihadapinya.

Beliau terus menegaskan tidak akan akur dengan desakan mana-mana pihak untuk melepaskan jawatan, sebaliknya hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya. – 17 Januari, 2022

ADAM BAKI

INI NAK JAGA 

SPRM ATAU NAK

HANCURKAN SPRM

AMIN

IKUT CARA IMAM

MASJID AL-ISLAHIAH

KAH KAH KAH

LEPAS SEKSA

DANIEL DENGAN

WATERBOARDING

TERUS LETAK

JAWATAN BILA

SIASATAN JAIS

DIJALANKAN

KHALAS

TAK PERLU 

BERTAHAN

TAK PERLU

PUTAR ALAM

TAK PERLU AGONG

AMIN

TAK PERLU

PEGANG TAHIK

BUAT PELAMPONG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: