Ahad, 2 Januari 2022

JANGAN KETEPIKAN ANWAR

 



Masa makin suntuk untuk Anwar jadi PM, kata Kamarazaman

PILIHAN raya umum akan datang adalah penentu untuk presiden Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim jika beliau mahu menjadi perdana menteri, kata rakan universitinya Kamarazaman Yaakob.

“Jika pilihan raya diadakan pada 2023, Anwar akan berusia 75 tahun dan jika mereka (PH) gagal menang, menjelang pilihan raya akan datang, beliau akan berusia 80 tahun. Jadi, peluangnya untuk menjadi perdana menteri semakin tipis,” kata Kamarazaman yang kini memimpin partinya sendiri, Parti Kuasa Rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai lebih cenderung untuk mengekalkan pemimpin Barisan Nasional sekarang sebagai kerajaan seterusnya.

“Bagaimana jika dalam PRU akan datang, kerajaan pimpinan Ismail (Sabri Yaakob) boleh mendapat keputusan yang baik, manakala PH goyah seperti yang mereka alami di Melaka dan Sarawak,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam temu bual eksklusif.

Kamarazaman pernah rapat dengan Anwar, Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Rais dan Yunus Ali ketika menjadi pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1970-an.

Beliau yang merupakan abang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, telah ditahan bersama Anwar pada 1974 manakala Hishamuddin dan Yunus berjaya melarikan diri dan mencari perlindungan di luar negara.

Berdasarkan prestasi pilihan raya di Melaka dan Sarawak baru-baru ini, Kamarazaman juga menegaskan bahawa keputusan itu tidak memihak kepada PKR atau parti komponen PH.

“Jika kita perhatikan prestasi PKR atau PH berdasarkan keputusan pilihan raya Melaka dan Sarawak baru-baru ini, ia tidak begitu memberangsangkan kerana PKR telah mengalami kekalahan teruk dalam kedua-duanya. Kekalahan mereka adalah besar.

“Ini mungkin menunjukkan rakyat mahu BN terus memerintah,” katanya.

Pada pilihan raya negeri Melaka, PKR kalah kesemua 11 kerusi yang mereka tandingi dan gabungan PH hanya berjaya memenangi lima kerusi. BN mendominasi dan memenangi 21 daripada 28 kerusi.

Di Sarawak, terdapat kemunduran besar bagi parti ahli pimpinan PH apabila DAP hanya menang dua kerusi berbanding tujuh pada 2016, manakala PKR kalah teruk dan Amanah gagal memenangi kerusi dalam lapan kerusi yang dipertandingkan.

Antara Anwar dan Zahid

Presiden Umno Zahid pernah menjadi rakan sebilik Kamarazaman.

Kamarazaman, seorang sosialis yang teguh pada zaman mudanya, berkata kedua-dua Anwar dan Zahid telah berkembang dengan baik dalam kerjaya politik mereka.

Beliau berkata kedua-dua kerjaya politik mereka kini telah terhenti ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Pada 1998, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya Anwar atas dakwaan rasuah dan liwat.

Zahid pula berkhidmat sebagai timbalan Najib Razak dari 2015 sebelum BN mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 2018.

Zahid kini menghadapi 47 pertuduhan - 12 untuk pecah amanah jenayah, lapan untuk rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram.

Berkongsi pandangannya mengenai kedua-dua presiden PKR dan Umno, Kamarazaman berkata Anwar akan menjadi perdana menteri yang lebih baik daripada Zahid jika salah seorang daripada mereka diberi peluang di jawatan tertinggi.

“Masing-masing telah menunjukkan kebolehan masing-masing.

“Semasa Anwar mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudian sebagai timbalan perdana menteri, beliau sudah mempunyai rangkaian dan pendedahan dengan negara luar.

“Justeru, walaupun Zahid adalah rakan sebilik saya dan Anwar adalah ahli pembangkang sekarang, jika diukur dari segi kebolehan, saya rasa Anwar lebih berkebolehan berbanding Zahid,” katanya.

Anwar hampir menjadi perdana menteri berikutan perjanjian dengan Dr Mahathir selepas PH mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun ia gagal menjadi kenyataan berikutan keputusan Dr Mahathir untuk terus memegang jawatan itu, dan kejatuhan kerajaan PH berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020. – 2 Januari, 2022.

ANWAR IBRAHIM

ADALAH CALON

TETAP 

PM MALAYSIA

AMIN

PESAING  KETAT

ANWAR IBRAHIM

TELAH 

NGAKU KALAH

AMIN

KU LI ANGKAT

TANGAN KALAH

BERUNDUR

AMIN

MAKA TINGGAL

ANWAR SEBAGAI

CALON TETAP

PM MALAYSIA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa 30 juta rakyat Malaysia mesti dijadi tebusan cita-cita Anwar Ibrahim nak jadi perdana menteri Malaysia. Dah 23 tahun, rakyat Malaysia ditipu Anwar. Bayi yang dilahir pada 1998 sudah pun dewasa, dah kahwin dan mula nak berkeluarga .... tapi masih miskin kerana muslihat Anwar dan Pakatan Harapan yang kian lama perdaya rakyat. Sudah CUKUP! Bersaralah Anwar! Kalau berhati perutm jangan kacau rakyat lagi. Jangan kacau Malaysia lagi.