Ahad, 2 Januari 2022

MASALAH PAKATAN IALAH ANWAR IBRAHIM

 



AMANAH Bukit Bintang gesa wujud segera ‘khemah besar’ pembangkang

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) Bahagian Bukit Bintang menggesa agar ‘khemah besar’ pembangkang mesti diwujudkan segera.

Ketuanya, Ahmad Asri Talib berkata, gesaan itu bukan retorik tetapi kenyataan yang mesti dilakukan pada tahun ini jika pembangkang hendak melihat kerajaan baharu wujud selepas PRU-15.

Kata beliau, ‘khemah besar’ bawah Pakatan Harapan (PH) mungkin mustahil terbina apabila dalam kalangan ketua parti pembangkang lain iaitu Pejuang, Warisan dan Muda seperti tidak yakin kepada figura yang menjadi ketua kepada PH sekarang  Anwar Ibrahim.

“Senario politik tanah air kini telah jauh berubah selepas PRU-14, yang mana sepanjang lebih tiga tahun, tiga kerajaan berubah.

“Ini menjadi faktor utama rakyat kini langsung tidak suka kepada PH dalam dua pilihan raya negeri iaitu Melaka dan Sarawak yang menunjukkan rakyat menolak PH. Adakah penolakan ini disebabkan parti atau pucuk kepimpinan PH?

“Tiba masanya sifat ego dibuang jika hendak melihat negara ditadbir urus dengan baik seperti awal kerajaan PH yang lalu. Dunia mengiktiraf kepimpinan good governance kerajaan PH walau 22 bulan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Ahmad Asri, perebutan jawatan Perdana Menteri antara faktor jatuhnya kerajaan PH dan peluang itu diambil para pengkhianat melalui rampasan kuasa Langkah Sheraton.

Beliau mengingatkan parti, jangan diulangi perkara yang lepas, sebaliknya bina semula negara dengan membelakangkan sifat pentingkan diri sendiri.

“Siapa ketua di bawah  ‘khemah besar’ pembangkang biarlah ditentukan oleh Majlis Presiden PH dalam gabungan besar itu nanti.

“Perlu diingat, pengundi muda bakal mewarnai dunia politik pada PRU-15 ini dan sudah mestinya mereka akan berpaut di bawah parti Muda, manakala Warisan pula telah melebarkan sayapnya ke bumi semenanjung dan Pejuang masih mempunyai seorang idola disegani dan dihormati dunia luar (Tun Dr. Mahathir Mohamad),” katanya.

Justeru, kata beliau, ruang dan peluang khemah besar pembangkang mesti disegerakan selepas beberapa langkah sumbang dilakukan oleh ketua PH sebelum ini.

Katanya, rakyat telah merasai kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah Muhyiddin Yassin dan kini Barisan Nasional (BN) bawah Ismail Sabri Yaakob.

 PAKATAN BOLEH

BERJAYA

AMIN

DENGAN HANYA

SATU SYARAT

AMIN

TANPA  ANWAR

MENDIRIKAN

GABUNGAN BARU

AMIN

HANYA 

SATU AGENDA

SATU TUJUAN

TOLAK TIM

BANDUAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja Anwar yang masalah. Lim Kit SIang dan Lim Guan Eng juga masalah.