Sabtu, 12 Februari 2022

AL-FATIHAH

 


Ikon teater, Jit Murad meninggal dunia

PELAKON, pengarah dan penulis teater terkenal Jit Murad atau Aziz MIrzan meninggal dunia.

Kematian personaliti seni teater terkenal itu disahkan rakan aktivis veteran teater Zahim Al Bakri dalam di Twitter.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya tetapi sehingga kini punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Pemergiannya mengejutkan peminat di seluruh negara dengan ramai menyifatkan pelakon itu sebagai watak yang hebat dan jujur.

Jit memulakan kerjayanya dalam persada seni persembahan Malaysia pada 1980-an.

Beliau adalah anak kepada bekas ketua pengarah pendidikan dan ahli pendidikan disegani Murad Mohamed Noor. Abangnya ialah pengarah filem Na’a Murad.

Dalam teater Allahyarham mengukir nama untuk persembahan beliau termasuk Caught in the Middle (1986), Spilt Gravy on Rice (1995) , The Storyteller (1996), Gold Rain and Hailstones (2002) dan One Load of Bull (2009).

Selain karyanya dalam teater, Jit pernah muncul dalam banyak filem dengan penampilan sulungnya ialah Mat Gelap pada 1990.

Antara lakonan terkenal termasuklah Selubung (1992), Perempuan Melayu Terakhir (1999), Mimpi Moon (2000) dan Waris Jari Hantu (2007) Talentime (2009) dan Spilled Gravy On Rice (2015).

Allahyarham juga seorang penulis drama dan karyanya disusun dalam Jit Murad Plays.

Pengguna Twitter @blurredfrank berkata beliau sedih dengan berita ini sambil menambah bahawa Jit Murad merupakan salah seorang artis paling lucu, tidak boleh ditukar diganti, lantang, gemar mengganggu dan ikhlas.

Pengguna @nattandscrewyou merakamkan ucapan takziah dengan mendoakan roh Allahyarham tenang di sana.

“Sleep well, Jit Murad. Assamualaikum, selamat lah mengembara di tanah abadi.”

Sementara itu @zainazraitweets berkata: “Saya bertemu dengannya semasa kecil di Bangsar & beliau sungguh mengujakan dan hebat. Hampir setiap karya dalam teater berbahasa Inggeris hari ini datang terus daripada idea asalnya. RIP kepada Jit Murad, penulis drama Bahasa Inggeris terhebat sepanjang zaman “.

Rakan artis Francisca Peters menulis tweet “Rehatlah dengan tenang Jit. Saya masih mengingati awak walaupun sudah lama kita tidak berjumpa. Takziah saya ucapkan kepada awak dan keluarga awak #jitmurad. Daripada kami penuh kasih sayang  saya, bibiana dan John.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, yang juga terkenal dengan karya teaternya, memuji Allahyarham Jit Murad.

“Sangat sedih mendengar pemergian Jit Murad. Kami bekerja bersama dalam ‘A Man For All Seasons’ (arahan Joe Hasham) pada 2004.

“Kebijaksanaan beliau, ulasan tajam tentang kehidupan sosial, dan jenakanya akan dirindui selamanya. Al-Fatihah,” kata ahli Parlimen PKR itu. – 12 Februari, 2022.

AL-FATIHAH

AMIN



Tiada ulasan: