Rabu, 23 Februari 2022

JELAS - PENGUNDI TAK SUKA PENCUFRI

 



BN masih tidak popular di kawasan bandar di Johor

BANYAK yang sudah berubah di Johor sejak pilihan raya umum 2018 dan pandemik Covid-19.

Ibu negerinya Johor Bahru tidak lagi jadi tumpuan rakyat Singapura bercuti pada hujung minggu dan Tambak Johor juga tidak lagi sesak dengan rakyat Malaysia yang berbaris pada setiap pagi untuk bekerja atau ke sekolah.

Pada hujung minggu, kompleks membeli-belah dekat pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Johor Bahru tidak ubah seperti bangunan tinggal tanpa pengunjung ketika pintu sempadan hanya dibuka untuk 1,440 orang dari Singapura setiap hari.

Namun hanya satu yang tidak berubah – Barisan Nasional (BN) masih tidak popular dalam kalangan warga bandar.

Sama seperti menjelang PRU14 yang menyaksikan BN hilang kuasa di Putrajaya dan di Johor, pengundi di Muar, Kluang, Johor Bahru dan Bukit Gambir tidak berkenan dengan gabungan yang paling lama mentadbir negeri itu.

“Ini satu pilihan raya yang tidak perlu diadakan sebab BN hendak lebih banyak kuasa, kedudukan dan kerusi,” kata pesara kakitangan awam Osman Mohd di Bukit Gambir, yang ditemui di bengkel menunggu motor kapcainya dibaiki.

Motor kapcai masih pilihan pengangkutan yang popular di pekan kecil kerana murah untuk dijaga dan diselenggara.

“Kenapa BN tak boleh tunggu setahun lagi dan buat pilihan raya umum. Duit untuk pilihan raya boleh dipakai untuk tolong orang di Segamat yang rumahnya kena banjir,” katanya ketika ditemui dua minggu sebelum penamaan calon pada 26 Februari.

Osman, 63, yang pernah berkhidmat di Kementerian Pertahanan berkata, alasan Menteri Besar Hasni Mohamad bahawa pilihan raya ini untuk mengembalikan “kestabilan” di Johor tidak meyakinkan.

Bukit Gambir mungkin saling tidak tumpah seperti pekan kecil lain yang ada untuk laluan ladang kelapa sawit, namun ia ada kaitan dengan dua tokoh besar.

Pengasas Umno Onn Jaafar lahir di sini pada 1895 sementara penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir sekarang ialah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Di kompleks pasar mengadap deretan kedai di tepi jalan di Bukit Gambir ada dua lukisan besar gambar Muhyiddin. Mural di sebelah kiri, yang dibuat sebelum pilihan raya 2018, menggambarkan Muhyiddin sebagai hero anak tempatan sementara yang satu lagi dibuat selepas beliau jadi perdana menteri pada 2020.

Namun Liew Soon Yee, 51, tidak banyak cerita tentang Muhyiddin atau partinya Bersatu.

“Satu-satunya parti yang saya tidak akan undi ialah BN,” kata pemborong perabot itu.

“Walaupun BN dijangka menang di Johor, kita tidak boleh biarkan mereka menang semua kerusi,” katanya, yang tetap akan mengundi biarpun kes Covid-19 makin meningkat.

Tiga puluh minit dari Bukit Gambir, Sharon Ng sibuk menguruskan tetamu menginap di hotel butik popular di Jalan Petrie, mengadap Sungai Muar.

Walaupun pandemik dan kurang pelancong dari Singapura, Ng berkata pelancongan di Muar masih rancak dengan kedatangan pelancong dari Lembah Klang.
 
“Tetapi sesetengah kedai terpaksa tutup kerana PKP (perintah kawalan pergerakan),” katanya.

Ng, 35, berharap lebih ramai “pelancong politik” akan datang ke bandar diraja ini, yang terkenal dengan otak-otak, satay, mee bandung dan asam pedas.
 
Walaupun tidak begitu teruja dengan pilihan raya kali ini berbanding 2018, beliau merancang untuk mengundi sekali lagi.

“Tetapi bukan BN atau Muda,” katanya tersenyum ditanya parti pilihannya.

BN tidak berubah walaupun kalah pada 2018, kata Ng, manakala ideologi Muda tidak jelas.

Pada pilihan raya umum yang lepas, BN kalah empat daripada lima kerusi negeri dalam kawasan parlimen Muar dan Bakri. Satu-satunya kerusi yang ia menang ialah kawasan luar bandar Sungai Balang.

Di bandar lain mengunjur ke selatan, imej BN tidaklah juga bertambah baik.

Di Kluang, bandar yang pernah jadi pusat pentadbiran British di Johor, tiga peguam rancak berbual tentang pilihan raya negeri yang bakal tiba sambil makan tengah hari di sebuah kafe di Jalan Ciku.

Walaupun beza umur dan latar belakang, peguam Faiz Shukri berkongsi pandangan Osman bahawa pilihan raya ini tidak perlu.

“Pilihan raya ini hanya untuk kuasa dan membazir duit,” katanya.

Peguam berumur 28 tahun itu berkata BN mabuk kuasa dan wang, dan mesej “kestabilan” yang dilaungnya hanya retorik.

Daripada beberapa parti baharu yang akan menyertai pilihan raya kali ini, Faiz berkata beliau paling teruja dengan Muda.

“Saya suka Muda yang nampak semangat, dinamik dan telus. Tak ada mengarut,” katanya, yang datang daripada keluarga ahli Umno.

Faiz kagum melihat cara Muda mengendalikan usaha bantuan banjir tahun lalu, terutama sikap parti itu yang inklusif.

“Politik perkauman Umno sudah tidak relevan lagi sekarang. Lebih penting kita tumpu pada isu tadbir urus, berbanding isu kaum.”

Pada PRU14, BN menang 19 daripada 56 kerusi dengan Umno menang 17 dan MIC dua kerusi. Daripada 19 kerusi itu, 18 terletak di kawasan luar bandar. Satu-satunya kerusi bukan luar bandar yang BN menang ialah Parit Raja yang terletak dalam kawasan parlimen Batu Pahat.

Pakatan Harapan pula menang semua 13 kerusi bandar serta 23 kerusi separa bandar, menjadikan keseluruhan 36 kerusi termasuk dua kerusi luar bandar. Ia kalah di dua kerusi separa bandar.

Menurut Ilham Centre, 56 kerusi negeri Johor boleh dipecahkan kepada 13 kerusi bandar, 23 kerusi separa bandar dan 20 kerusi luar bandar.

Covid-19 telah banyak mengubah Johor, sama seperti di tempat lain juga. Ketika orang mula membiasakan diri dengan vaksinasi, pelitup muda dan menjaga jarak, satu sahaja yang tidak berubah banyak – kurang yakin pengundi bandar kepada BN. – 23 Februari, 2022.

 TERBUKTI 

MAKIN RAMAI

PENGUNDI TAK

SUKA PENCURI

AMIN

YANG MISKIN

YANG BODOH

SENANG KENA

TIPU

AMIN

PENGUNDI BIJAK

MAHU PENCURI

MASUK PENJARA

AMIN

BERITA BAIK

IALAH NAJIB

AKAN BERKEMPEN

DI JOHOR

INI MEMBANTU

PAKATAN

AMIN

ALANGKAH 

CEMERLANG JIKA

ROSMAH DATANG

BERSAMA UNTUK  MENAIKKAN

 SYAHWAT

  PENGUNDI 

KAH KAH  KAH

1 ulasan:

cikminah berkata...

Ya, jangan samakan orang Johor dengan pengundi-pengundi di negeri-negeri lain. Orang Johor tahu menggunakan otak yg diberi Allah. Walaupun Johor dianggap kubu kuat umno, tapi orang Johor lain sikit. Mereka tidak taksub dgn Najib dan laparkan duitnya. Orang Johor ada maruah dan integriti yg tinggi. Lihat, apa jadi masa Najib melawat majlis yg sedang berjalan di sebuah Tokkong Cina di JB. Terang-terang mereka beritahu, Najib tidak dijemput dan mereka kurang senang dgn kehadirannya. Orang Johor tidak mengeromoni Najib bila dia muncul di khalayak ramai macam pengundi2 di negeri lain. Sibuk nak berselfie dgnnya. Bahkan orang umno sendiri tidak akan mengundi umno kerana benci dgn Najib dan Zahid ealaupun pada zahirnya makcik dan pakcik2 itu sibuk hadir ke majlis2 ceramah umno. Hanya untuk bersosial, alasan mereka bila ditanya. Itu sebab umno tidak menang di kerusi2 separuh bandar apatah lagi di bandar.