Ahad, 6 Mac 2022

UNTUK SELAMAT SILA BACA.

 



Covid-19 boleh dijangkiti jika berdekatan dengan pesakit batuk atau bersin – Dr. Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Seseorang boleh dijangkiti Covid-19 jika mereka berada berdekatan dengan pesakit yang batuk atau bersin, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Covid-19 boleh tersebar terutama antara individu yang mempunyai kontak rapat. 

Katanya, jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung atau mulut seseorang.

“Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurutnya, ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga hari ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit Covid-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari keempat belas selepas dijangkiti.

Justeru, ujar beliau, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.

“Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.

“KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian Covid-19, selain RT-PCR.

“Manakala RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan Covid-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah dan boleh dilakukan di lapangan,” katanya.

Menurut Dr. Noor Hisham, proses pengujian RTK-Ag adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 30 minit.

Katanya, KKM telah menggunakan RTK Ag sejak 6 Mei 2020 dan kit yang digunakan adalah dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) serta Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan mematuhi standard diperlukan dan kemudian diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.

“Dimaklumkan, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan Covid-19. RT-PCR mengesan kehadiran asid nukleik virus SARS-CoV-2 yang lebih spesifik.

“Ujian ini mempunyai kadar sensitiviti sebanyak 99.9 peratus dan kadar spesifisiti sebanyak 100 peratus.

“Namun, ujian ini memerlukan proses dan peralatan makmal yang lebih canggih, kos lebih tinggi, tenaga kerja terlatih dan masa pengujian yang lebih lama iaitu antara enam hingga 24 jam,” katanya.

Kit ujian RTK-Ag adalah untuk mengesan kehadiran antigen pada virus SARS-CoV-2 terhadap orang yang dijangkiti Covid-19.

Terdapat dua jenis RTK-Ag iaitu kit kegunaan profesional dan kendiri dengan kit profesional hanya boleh dijalankan oleh anggota kesihatan terlatih di fasiliti kesihatan menggunakan sampel Nasopharyngeal Swab (NPS) atau Oropharyngeal Swab (OPS).

Manakala RTK-Ag kendiri boleh dilakukan oleh orang awam tanpa seliaan anggota kesihatan dan ini hanya perlu menggunakan sampel yang kurang invasif dan mudah diambil seperti air liur serta swab nasal.

“Pesakit yang dikesan positif RTK-Ag kendiri perlu melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera, mengemaskini status kesihatan (Home Assessment Tool) dan perlu menjalani isolasi seperti yang ditetapkan KKM.

“Bagi ujian RT-PCR dan RTK-Ag profesional pula, pihak makmal atau pengamal perubatan yang menjalankan ujian tersebut perlu melaporkan segera kepada KKM melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA),” katanya.

Dr. Noor Hisham menyarankan semua ujian RTK Ag kendiri atau profesional ataupun RT-PCR yang dijalankan perlu dilaporkan kepada KKM melalui MySejahtera atau SIMKA, tidak kira sama ada keputusannya adalah positif atau negatif.

Ini katanya, bagi membantu KKM mendapatkan gambaran lebih jelas kadar jangkitan yang berlaku di dalam komuniti.

AWAS

HATI HATI

AMIN

IKUT ARAHAN

C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Yo ko kito boley kono kovit melalui batok ..kok kontol batok dan terpancot boley kono tak ..

Tanpa Nama berkata...

Dr auta.