Ahad, 3 April 2022

DIMANA ANWAR AKAN CONDONG

 


Saifuddin umum berentap jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR,  Saifuddin Nasution akan bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti akan datang.

Semalam, dalam media sosialnya, beliau menyatakan hasratnya dan meletakkan pengalamannya hampir 23 tahun dalam politik.

“Sehubungan harapan itu dengan penuh keinsafan dan rendah diri saya Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti kali ini,” katanya.

Saifuddin juga bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden kini disandang  Anwar Ibrahim sepertimana sebelumnya membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihan raya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruhnya.

“Saya mengalu-alukan pengumuman awal sahabat saya, Rafizi Ramli yang ikut menawar diri. Sejujurnya Rafizi merupakan aset parti, seorang yang kreatif, intektual, tinggi daya juang dan dihormati rakan dan lawan,” katanya.

Menurut beliau, persaingannya dengan Rafizi adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi.-

WOIT

INI HEBAT

KAH KAH KAH

SATU SOALAN

SAJE

AMIN

DIMANA ANWAR

AKAN CONDONG

AMIN

MASA RAFIZI 

LAWAN AZMIN

ANWAR SOKONG

RAFIZI HINGGA 

KALAH DAN 

PKR TERBARAI

KAH KAH KAH

KALI INI

ANWAR SOKONG

SAPA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Bila le pkr nie nak amannya,gua rasa kene masukkan balik Anwar dlm penjara,baru Aman Msia nie.