Jumaat, 17 Jun 2022

PROJEK VIRUS WUHAN BERJAYA



Pakar bimbang kes Covid akan meningkat semula

PAKAR perubatan memberi amaran kerajaan mungkin akan mewajibkan suntikan penggalak kedua – vaksin keempat – jika kes Covid-19 melonjak kembali ke tahap yang membimbangkan.

Mereka meluahkan kebimbangan keberkesanan vaksin Covid-19 yang telah diberikan semakin melemah.

Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan Universiti Malaya Prof Dr Moy Foong Ming berkata beliau menolak kemungkinan suntikan penggalak kedua.

Bercakap kepada The Malaysian Insight beliau yakin Kementerian Kesihatan sedang memantau rapat kemungkinan lonjakan kes, terutamanya dalam kemasukan ke hospital dan kematian berkaitan Covid-19, sebelum membuat keputusan.

“Jika kes naik, saya percaya vaksinasi keempat akan diwajibkan,” kata Moy.

Pada 14 April, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan suntikan vaksin keempat mungkin diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi yakni mereka yang berusia atas 60 tahun yang mempunyai komorbiditi selain kepada golongan muda atas dari 12 tahun yang mempunyai imuniti sederhana atau teruk.

Pihak berkuasa kesihatan di negara jiran Singapura telah memberi amaran mungkin terdapat gelombang baharu pandemik pada bulan depan atau Ogos.

Pakar Virologi Dr Chee Hui Yee dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia memberitahu The Malaysian Insight kebimbangan terhadap keberkesanan vaksin Covid-19 yang semakin berkurangan selepas enam atau sembilan bulan adalah kebimbangan global.

“Rakyat Malaysia perlu prihatin. Sambutan rakyat Malaysia terhadap vaksinasi ketiga - dos penggalak pertama - tidak begitu memberangsangkan.
 
“Data menunjukkan pemberian dos ketiga belum pun mencapai 50 peratus di beberapa negeri,” kata Chee.

Menurut data dari laman web CovidNow, setakat 14 Jun hanya 68.5 peratus golongan dewasa Malaysia telah mengambil dos ketiga.

“Sebaliknya, ada orang yang sudah menerima dos ketiga mereka, tetapi berdasarkan penemuan saintifik, orang yang berbeza mempunyai tindak balas imun yang berbeza terhadap vaksin.

“Jadi (walaupun sudah ambil dos ketiga) walau berada dalam kumpulan berisiko tinggi, mereka perlu berbincang dengan doktor mereka sama ada perlu mengambil dos keempat.”

Chee berkata orang yang sihat, mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit kronik, tidak perlu mempunyai penggalak kedua tetapi perlu menjaga kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) asas untuk menangani virus dalam mana-mana gelombang baharu wabak itu.

“Ini bermakna walaupun kerajaan telah melonggarkan syarat pemakaian pelitup muka di luar rumah, tetapi orang ramai juga dinasihatkan memakai terutamanya di tempat ramai orang dan dengan sistem pengudaraan yang lemah seperti pasar malam.”

Mengenai kebimbangan kemungkinan lonjakan boleh menyaksikan kes mencapai ke tahap seperti pada awal tahun ini, Chee berkata ianya mungkin tetapi bergantung bagaimana individu yang telah dijangkiti virus itu bertindak balas.

“Sejak Februari tahun ini, kes yang disahkan berulang kali melebihi 10,000 kes. Ramai daripada mereka telah menghasilkan antibodi.”

“Walaupun begitu, vaksin dos kedua wajib akan mula berkurangan secara perlahan, memerlukan pengambilan suntikan penggalak pertama.

“Dianggarkan selepas kira-kira enam hingga sembilan bulan, kes yang disahkan mungkin menunjukkan tanda-tanda peningkatan.”

Moy bersetuju dengan penilaian Chee yang lonjakan itu mungkin berlaku pada separuh kedua tahun ini.

“Antibodi dalam vaksin untuk elakkan anda daripada mendapat penyakit yang teruk walaupun anda telah dijangkiti virus itu.

“Walaupun antibodi lemah dan orang yang positif cuma sakit ringan, saya fikir semuanya masih terkawal.”

Moy bagaimanapun tidak percaya kerajaan akan mewajibkan orang ramai untuk mengambil dos keempat.

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan perlu perihatin apabila keberkesanan vaksin lemah, tidak perlu memaksa warga emas dan mereka yang mempunyai komobiditi untuk mendapatkan dos keempat.

“Ia akan memakan banyak wang kerajaan untuk memaksa orang ramai mendapatkan vaksin semula.”

Pakar biologi jangkitan Dr Lim Chee Han berkata selagi tiada varian baharu yang lebih menular daripada varian Omicron atau Delta, rakyat Malaysia tidak perlu terlalu risau.

“Jika ia subvarian Omicron, tidak banyak yang perlu dibimbangkan kerana ia virus yang serupa dengan Omicron. Jika keberkesanan vaksin merosot, tetapi sistem imun kita kenal pasti, saya tidak fikir ia akan menjadi kebimbangan besar,” kata Lim.

Subvarian Omicron, BA.4 dan BA.5, kini yang dominan di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, gabungan data dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana impaknya paling besar, menunjukkan dua sub varian Omicron ini, sambil menyebabkan kes menaik, tidak membawa kepada kes yang tinggi seperti yang sebelum ini dengan kemunculan varian virus baharu.

Lim berkata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) tidak menunjukkan apa-apa yang menunjukkan varian BA.4 dan BA.5 meningkatkan risiko selepas jangkitan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia boleh membawa kepada peningkatan ketara dalam kes di negara Eropah dalam beberapa bulan akan datang.

Pada 9 Jun, kes disahkan Omicron subvariant BA.5 dan BA.2.12.1 telah dikesan di Malaysia.

BA.2.12.1 kini merupakan strain dominan di Amerika Syarikat, menyumbang 58 peratus daripada kes yang disahkan di sana dan merebak lebih cepat berbanding Omicron.

Khairy berkata tiga kes subvarian Omicron telah dikesan di negara ini walaupun faktor risikonya kekal sama.– 17 Jun, 2022.




PROJEK WUHAN

BERJAYA

AMIN

INI STRATIJI

KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

AMIN

AKAN KELUAR

ARAHAN

WAJIB ADA PASOT

VAKSIN

AMIN

BERJALAN WAJIB

ADA INSURAN

AMIN

TERUS TERIKAT

DENGAN VAKSIN

AMIN

KILANG VAKSIN

TERUS KAYA

AMIN

PEMBEKAL PENJUAL

TERUS KAYA

AMIN

INI AKAN JADI

MACAM PAKSA BELI

INSURAN KERETA

AMIN

WALAU PUN TAK

PERNAH BERLANGAR

TAPI WAJIB ADA

INSURAN KERETA

AMIN

MASA AKAN SAMPAI

KKM TIDAK BERI

VAKSIN TAPI KENA

BELI  DUIT SENDIRI

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan projek wuhan, tapi project dietrick. Yang untung duit vaksin sharikat pfizer, moderna, astra, semua sharikat Amerika.