Khamis, 16 Jun 2022

TUBUH SYARIKAT UNTUK TERIMA DUIT CURI


Syarikat seleweng duit dari 1MDB bubar selepas terima dana, mahkamah diberitahu

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua syarikat palsu yang didakwa menyedut kira-kira AS$1.83 bilion (RM5.5 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 dan 2011 dibubarkan hampir empat tahun selepas menerima dana tersebut.

Kedua-dua syarikat itu ialah Good Star Limited dan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Penasihat dasar undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Mohamed Fairudz Hanif ketika memberi keterangan, memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Seychelles Financial Service Authority (Seychelles FSA), Good Star Limited telah dibubarkan pada 2 Mei 2014, manakala PSI dibubarkan pada 8 April 2015.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-28 berkata beliau telah mendapatkan butiran daripada Seychelles FSA selepas ia diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2018, yang mewakili kerajaan Malaysia.

“Permohonan itu dibuat bagi pihak kerajaan Malaysia selaras dengan permintaan SPRM.

“E-mel oleh SPRM meminta bantuan LFSA dalam mendapatkan maklumat dari negara pesisir bagi kes 1MDB. Negara-negara tersebut ialah British Virgin Island, Seychelles, Caracao dan Pulau Cayman,” kata saksi itu semasa membaca kenyataannya.

Beliau berkata SPRM khususnya mahukan butiran mengenai Good Star Limited dan PSI.

Sebelum ini penyiasat mendedahkan bahawa Good Star Limited dikawal oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, manakala warga Saudi Tarek Obaid adalah pemilik PSI.

Mohamed Fairudz berkata beliau kemudiannya menghantar e-mel seperti yang diminta oleh SPRM kepada ketua pegawai eksekutif Seychelles FSA dan juga pengurus penyeliaan pada 10 Ogos 2018.

Saksi itu berkata beliau menerima dua balasan berikutnya untuk e-mel itu, daripada Yves Finesse, pengurus penyeliaan dari Seychelles FSA.

“Pada 13 Ogos 2018, saya menerima e-mel daripada Yves Finesse, mengakui dia menerima e-mel daripada LFSA.

“Kemudian pada 10 September 2018, dia memberikan butiran syarikat berkaitan 1MDB yang berdaftar di Seychelles FSA,” katanya.

Menurut Mohamed Fairudz, jawapan daripada Yves Finesse menunjukkan kedua-dua Good Star Limited dan PSI didaftarkan di bawah alamat perniagaan yang sama.

Beliau turut mengesahkan berdasarkan dokumen yang diperolehi bahawa kedua-dua syarikat menggunakan ejen pendaftaran yang sama - Vistra (Seychelles) Limited, (Sebelum ini dikenali sebagai Offshore Incorporation (Seychelles) Limited).

Terdahulu semasa perbicaraan, saksi pendakwaan kesembilan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Sharol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa tiada sesiapa dalam lembaga 1MDB milik kerajaan yang cuba mengesahkan pemilikan Good Star Limited selepas AS$700 juta dipindahkan ke akaunnya, selain daripada PSI.

Beliau juga berkata jumlah dana yang disuntik oleh 1MDB ke dalam PSI dan Good Star Limited ialah AS$1.83 bilion.

Transaksi itu termasuk AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada 1MDB-PetroSaudi Ltd dan AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Good Star Ltd pada 30 September 2009, yang dikatakan sebagai modal tunai untuk 40% kepentingan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.

Pada 14 September 2010, 1MDB membayar AS$500 juta (RM2 bilion) kepada 1MDB-PetroSaudi Ltd di bawah perjanjian pembiayaan Murabaha.

Akhirnya, antara 20 Mei 2011 dan 25 Oktober 2011, empat bayaran berjumlah AS$330 juta (RM1.38 bilion) telah dipindahkan daripada 1MDB kepada Good Star Limited, kata Shahrol ketika memberi keterangan di mahkamah.

Saksi pendakwaan ke-13 perbicaraan itu, sekas pengarah 1MDB Ismee Ismail,  turut memberi keterangan di mahkamah, mendakwa lembaga itu tidak menyedari dan dipindahkan kepada syarikat milik Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-15 perbicaraan, bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh, turut memberi keterangan di mahkamah sebelum ini, berkata beliau mengesyaki pengurusan 1MDB telah memintas lembaga pengarah dan mendengar arahan daripada “peringkat lebih tinggi”, iaitu bekas perdana menteri Najib Razak dan Jho Low, yang membawa kepada penyedutan segera AS$700 juta kepada Good Star Limited.

Bakke akhirnya meletak jawatan pada Oktober 2009, dengan menyatakan alasan peletakan jawatannya adalah kerana Sharol dan pengurusan 1MDB tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah berhubung beberapa perkara.

Najib, 69, dibicarakan atas tuduhan rasuah berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat kerana salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram. – Bernama, 16 Jun, 2022.



JELAS TUBUH

SYARIKAT

KHAS UNTUK

SALUR & TERIMA

DUIT CURI

AMIN

INI CARA KERJA

GEROMBOLAN

AMIN

SEMUA MENTERI

GEROMBOLAN

ADA SYARIKAT

AMIN

SEMUA MENTERI

GEROMBOLAN &

POLITIKUS ADA

TUBUH YAYASAN

AMIN

TAK CAYA TANYA

SHAHIDAN

DIA PUN YAYASAN

PAK DIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: