Jumaat, 8 Julai 2022

AWAS. !!! KOBID NAIK MENDADAK

 



Lebih 4,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan, pertama kali dalam 3 bulan

JUMLAH kes baharu koronavirus melonjak apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,020 kes baharu semalam.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian dalam lingkungan 4,000 adalah pada 24 April, apabila 4,006 kes direkodkan.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes kepada 4,586,322 sejak pandemik berlaku pada Mac 2020.

Selangor, Perak dan Johor masing-masing melaporkan satu kematian akibat virus. Dua daripada mangsa meninggal dunia di luar hospital.

Jumlah kematian meningkat kepada 35,795, dengan 7,591 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan terbanyak iaitu 1,630, diikuti Kuala Lumpur (1,049) dan Perak (295).

Sabah melaporkan 205 kes, Negeri Sembilan (197), Pulau Pinang (128), Melaka (107), Putrajaya (90), Johor (80), Pahang (62), Kedah (60), Sarawak (57), Kelantan (21) , Terengganu (20), Labuan (12) dan Perlis (7).

Kes aktif meningkat sebanyak 2,299 kes kepada 33,839 semalam, apabila 1,718 orang pulih daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 32,617 (96.4%) menjalani kuarantin di rumah, 21 (0.1%) berada di pusat kuarantin berisiko rendah dan 1,156 (3.5%) berada di hospital.

Sebanyak 45 pesakit berada dalam unit rawatan rapi, 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga tambahan menjelang Hari Raya Aidiladha, memandangkan kes harian yang semakin meningkat.

“Kekal berwaspada apabila melawat ahli keluarga.

“Pakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak, amalkan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan). Buat ujian diri sebelum pulang ke kampung halaman,” katanya di Twitter. – 8 Julai, 2022.

 AWAS !!!

BAHAYA !!!

KOBID TERUS

MENYERANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: