Khamis, 7 Julai 2022

GANTUNG PERASUAH


Yasin lega, selamat dihukum gantung


Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.

Pengarah Pendakwaan Selangor Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada Majistret Muhammad Iskandar Zainol bahawa pihaknya turut memohon supaya Yasin, 47, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kesalahan itu dan dia akan dituduh dengan dua pertuduhan baru.

Peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff yang mewakili Yasin tidak membantah permohonan itu.

Iskandar kemudian melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di Petaling Jaya pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baru.

Dia didakwa memberikan dirinya dadah jenis “11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid” di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat, dia juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan baru iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Yasin dituduh melakukan perbuatan itu di kediamannya pada 5.30 petang, 24 Mac lepas dan pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.


Sebelum ini, di mahkamah sama, Yasin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya pada tarikh dan masa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Permohonan ikat jamin terhadap Yasin yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, bagi ketiga-tiga pertuduhan itu akan didengar pada 22 Ogos ini.

Ketika ditemui di luar mahkamah,  Yasin berkata beliau lega selepas pertuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati ditarik balik.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada, dan saya amat bersyukur. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya " katanya..

YANG WAJIB

DI GANTUNG

PEMBERI DAN

PENERIMA

 RASUAH

AMIN

RASUH PORAK

PERANDAKAN

NEGARA 

AMIN

GANJA KHAYAL

DERIA DENGAR

LEBIH BAIK UNTUK

BERKARYA

AMIN

TAK CAYA

TANYA 

MICK JAGGER

AMIN

JOHN LENNON

ISAP GANJA

MUSIKNYA

MENGUBAH DUNIA

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: