Selasa, 19 Julai 2022

PERTANYAAN PERLU JAWABAN



Tuntutan Sulu: Kerajaan diterajui Najib sepatutnya ada mekanisme elak dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran  Tuan  Haji  Najib Al-Altantuya yang menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu adalah disebabkan negara ini tidak pernah mengiktiraf pihak terbabit termasuk tiada bukti pewaris takhta yang sebenar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana isu tuntutan tersebut telah dibawa hingga ke peringkat mahkamah antarabangsa.

“Kalau tiada waris yang sah, bagaimana kita boleh nampak kes tersebut dibawa hingga ke mahkamah antarabangsa dan menyebabkan berlaku penangguhan bayaran seperti sekarang ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Adam tidak menafikan sekiranya benar dakwaan Najib berkenaan isu waris Kesultanan Sulu itu, masih terdapat langkah lain bagi mengelakkan negara ini diambil tindakan oleh pihak terbabit.

“Sekurang-kurangnya kalau pun begitu (tiada waris yang sah), seharusnya ada tindakan susulan atau mekanisme oleh kerajaan pada ketika itu juga apabila mula menghentikan bayaran. Kerajaan perlulah ada langkah yang diambil bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan segera dijalankan terhadap Najib yang didakwa menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan waris tersebut berjumlah RM67.5 billion.

“Kecuaian yang berlaku ketika Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu perlu disiasat mengikut peruntukan Kanun Jenayah Akta 754, Perkara 132 (Perkhidmatan-perkhidmatan Awam) dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk tentukan unsur kecuaian Najib yang merugikan rakyat dan negara,” ulasnya.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Tuan Haji Najib  Al-Altantuya atas kecuaiannya dalam tuntutan waris Kesultanan Sulu. 


HANYA SATU

PERTANYAAN

AMIN

JIKA SABAH

BUKAN MILIK

SULTAN SULU

KENAPA SELAMA INI

HINGGA 2013

KITA BAYAR DUIT

PAJAK PADA

WARIS DIA

AMIN

KENAPA BAYAR

KALAU SABAH

INI NEGARA KITA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

capt salai berkata...

Ooo..baru den tau sabah tu kito pajak ghupo ea..yg kelaka eh pajak kt suitan yg takdo kerajaan..macam pajak dusun dian jo kahkahkah apo banggang na pemimpin malaysia ni agak ea..mampuih la macam ni