Rabu, 20 Julai 2022

SAMPAH CARI PUBLISITI


Beberapa wanita DAP tidak senonoh, kata Tajuddin

PERBAHASAN Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual 2021 bertukar kecoh hari ini apabila Timbalan Speaker Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN) tidak mengambil tindakan terhadap seorang ahli Parlimen Umno menghina ahli Parlimen wanita tanpa memohon maaf atas kenyataan itu.

“Masalahnya beberapa orang wanita DAP, perangai tak senonoh. Bukan semua, tetapi beberapa daripada kamu walaupun saya tidak namakan mereka,” katanya selepas Azalina Othman Said (Pengerang-BN) selesai membahaskan rang undang-undang itu.

“Bagi kami (Umno), kami tidak cabul. Kamu tidak tahu bagaimana kami membantu wanita. Jika kami buat salah, kami tidak akan memenangi pilihan raya,” kata ahli Parlimen tiga penggal itu.

Tajuddin mengulas perbahasan Teo Nie Ching (Kulai-PH) semalam selepas beliau bertanya sama ada Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual akan meliputi ahli Parlimen kerana mereka mempunyai imuniti di Parlimen.

Semasa perbahasannya, Teo menggunakan Tajuddin, Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan-BN) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling-BN) sebagai contoh ahli Parlimen yang telah membuat sindiran dan teguran seksual di Parlimen dan telah bertanya sama ada perbuatan itu akan meliputi ahli parlimen.

Kenyataan Tajuddin hari ini menyebabkan ahli Parlimen DAP marah  - RSN Rayer (Jelutong-PH), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan-PH), Wong Shu Qi (Kluang-PH dan Hannah Yeoh (Segambut-PH) - yang meminta Rashid menghukum Tajuddin. 

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara ahli parlimen DAP, yang mahu beliau menarik balik kenyataannya.

Selepas lebih 10 minit cuba memujuk Rashid mengambil tindakan, timbalan speaker akhirnya berkata, “Saya telah memberi amaran kepadanya”.

Menyatakan ia sebagai double standard, Yeoh mempersoalkan Rashid yang enggan mengambil tindakan.

“Pada hari Isnin, kamu cepat menghalau keluar Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud-Warisan) kerana mengganggu Parlimen. Mengapa tiada tindakan terhadap Pasir Salak hari ini?” kata Yeoh.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Rashid tidak bertindak kerana Tajuddin adalah seorang ahli Parlimen lelaki dan penyokong kerajaan.

Sering mencetuskan kontroversi di Parlimen, pada tahun 2008 Tajuddin telah menghina M Kulasegaran (Ipoh Barat-PH). Pada 2010, Kulasegaran mendakwa Tajuddin telah mengancamnya di lobi Parlimen.

Pada 2016, Tajuddin membuat kenyataan “The only woman with a ‘Kok’  yang disasarkan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Berikutan kejadian itu, penyokong dan anak lelaki Tajuddin datang ke Parlimen untuk menghina dan mengugut seorang lagi ahli parlimen Khalid Samad (Shah Alam-PH) kerana memanggil Tajuddin “sial”. – 20 Julai, 2022.

INI CARA

SAMPAH CARI

PUBLISITI

AMIN

WOIT

BUKAN KAH 

SAMPAH NI

ATAU ANAK

ATAU BINI

SAMPAH ADA

KES  RASUAH 

DI PASARANA

AMIN

SAJE TANYA

APA  JADI

AMIN

MASA DAH

SAMPAI HERE

ANAK BINI

MACAM KES

NAJIB ROSMAH

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: