Isnin, 10 Oktober 2022

BUKTI MALAPETAKA CUACA


Pantai barat Sabah dilanda banjir

HUJAN lebat berterusan petang ini menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai barat Sabah terutama di daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang dilanda banjir.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan yang banjir di Kota Kinabalu termasuk Likas, Tebobon, Sepanggar dan Manggatal; di Tuaran pula termasuk Telipok, Rugading dan Gayang manakala di Penampang kawasan yang terjejas antaranya ialah Donggongon, Bundusan dan Sugud.


Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah mulai Rabu ini


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di perairan Sabah mingggu depan. 

Menurut Facebook MetMalaysia hari ini, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Sabah barat dan Labuan dalam tempoh Rabu hingga Sabtu ini. 


Sungai Padang Terap melebihi paras bahaya


SUNGAI Padang Terap di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatatkan bacaan melebihi bahaya iaitu 13.79 meter (m) melepasi paras bahaya 13.02 meter setakat 7 malam ini, berikutan hujan sejak awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata lima lagi sungai di empat daerah pula merekodkan paras air melebihi waspada.

“Lima sungai melebihi paras waspada ialah Sungai Sari (27.45m) dan Sungai Perik (11.76m) di daerah Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Kota Setar (2.14m), sungai di Empangan Beris di Sik (84.07m) serta Sungai Ketil di Baling (15.68m),” katanya kepada Bernama hari ini.



INI BUKTI

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

SETIAP TAHUN

 LEBIH KERAP

LEBIH GANAS

AMIN

UMAT MANUSIA

KALAU TAK UBAH

GAYA HIDUP PASTI

AKAN HANCUR

AMIN

DALAM MASA 

TIGA TAHUN BUMI

MAKIN PANAS

DAN KITA TAKDA

JALAN PULANG

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

hamim berkata...

Biar dunia hancur, nak takut apa, jika dah mati tak payah nak fikir pasal PRU, tak payah nak komen kat TT lagi

Tanpa Nama berkata...

Umat manusia kalau tak ubah cara idup pasti akan hancur. Jgn lg berentotan secara bebas jgn lg menentang ajaran ugama dan jgn bangga dgn perbuatan maksiat. Bukan sekadar tidak tebang hutan sahaja