Sabtu, 8 Oktober 2022

DARURAT SELESAI - PRK ATAU PRU ?


Darurat di Batu Sapi, Gerik, Bugaya batal

YANG di-Pertuan Agong membatalkan semua proklamasi darurat di tiga kawasan pilihan raya – Parlimen Batu Sapi dan Gerik serta DUN Bugaya – yang diisytiharkan dua tahun lalu, menurut warta kerajaan.

Proklamasi itu, yang diisytiharkan susulan penularan pandemik Covid-19, sebelum ini menangguhkan pelaksanaan pilihan raya kecil di tiga kawasan pilihan raya yang kosong selepas kematian wakil rakyatnya.

Selain proklamasi darurat, Yang di-Pertuan Agong juga membatalkan ordinan darurat yang berkuat kuasa di tiga kawasan pilihan raya itu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewartakan masing-masing tiga perintah pembatalan proklamasi darurat dan ordinan darurat itu di Istana Negara, semalam, dan diterbitkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan warta itu, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keperluan untuk perintah darurat di semua kawasan itu telah berakhir dan perlu dibatalkan.

Proklamasi darurat diisytiharkan bagi kawasan pilihan raya Parlimen Batu Sapi pada 18 November 2020, selepas kerusi itu kosong susulan kematian ahli parlimennya VK Liew (Warisan) pada 2 Oktober 2020.

Proklamasi darurat bagi kawasan pilihan raya Parlimen Gerik dan DUN Bugaya pula dibuat pada 12 Disember 2020.

Kerusi Parlimen Gerik kosong selepas wakilnya Hasbullah Osman (Barisan Nasional) meninggal dunia pada November 2020.

Kerusi DUN Bugaya juga kosong pada November 2020 selepas kematian wakilnya Manis Muka Mohd Darah (Warisan).

DARURAT SELESAI

APAKAH SPR

AKAN ADAKAN

PRK ? PRU15 ?

AMIN

INI TANDA PRU

AKAN BERLAKU

TAHUN INI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: