Ahad, 9 Oktober 2022

MAIL BERA MASIH SELAMAT


Kerajaan masih ada, tak terjejas dengan surat Perikatan kepada Agong, kata PM

KERAJAAN Persekutuan masih lagi sah dengan sokongan majoriti ahli Parlimen, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, selepas 12 ahli Kabinet menghantar petisyen kepada Agong supaya tidak membubarkan Parlimen.

Katanya, surat dihantar menteri daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Yang di-Pertuan Agong hanya meminta pengangguhan pembubaran Parlimen dan ia tidak menjejaskan keabsahan kerajaan semasa.

“Kalau sokongan Ahli Dewan Rakyat masih lagi utuh, tidak ada perubahan…jadi tidak ada lah isu yang mengatakan kerajaan tumbang.

“Kalau menteri Kabinet tulis surat dia kata letak jawatan sekalipun, Kabinet masih berfungsi dan kerajaan masih berfungsi…tiada kesan pada keabsahan kerajaan kerana Ahli Parlimen masih memberi sokongan seperti biasa. 

“Seperti saya kata (sebelum ini), wujud spekulasi (tentang PRU15),” katanya kepada wartawan hari ini selepas hadir majlis sambutan Maulidur Rasul 1444H di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendakwa kerajaan semasa sudah hilang “40% keabsahan” selepas menteri PN menghantar surat kepada Agong membantah pilihan raya umum diadakan dalam musim tengkujuh.

Beliau menyifatkan surat PN kepada Agong itu ibarat berpatah arang dengan kerajaan semasa kerana ia patut diselesaikan dalam Kabinet sahaja.

“Hanya perdana menteri berhak menasihati dan memberi cadangan kepada Agong.

“Dengan menteri PN menyokong tindakan menghantar surat itu, kerajaan semasa sudah hilang 40% keabsahan untuk memimpin,” katanya dipetik.

Pada Khamis, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan yang menteri PN menghantar surat kepada Agong bagi menyatakan kebimbangan mereka jika pilihan raya diadakan pada musim tengkujuh tahun ini.

Surat itu ditandatangani oleh 12 menteri daripada Bersatu dan PAS yang membentuk PN.

PN diterajui bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan terdiri daripada Bersatu, PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku.

Kedua-dua BN dan Barisan Nasional diterajui Umno mempunyai hubungan “sayang tapi benci” untuk mentadbir Malaysia selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Mac 2020.

Pemimpin Umno sejak beberapa bulan lepas sudah mendesak Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti itu, supaya menghadap Agong bagi meminta pembubaran Parlimen.

Pembangkang bagaimanapun membantang cadangan Umno, berkata pilihan raya sepatutnya diadakan tahun hadapan.

MAIL BERA

MASIH SELAMAT

KAH KAH KAH

12 MUNKEE

TAK SOKONG PRU

BUKAN LAWAN

MAIL BERA

KAH KAH KAH

TAPI BERPA LAMA

MAIL BERA

BOLEH BERTAHAN

KAH KAH KAH

TENGKU ZAFRUL

SEDANG MENUNGGU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: