Khamis, 29 Disember 2022

HASAN MAALIK NASIHAT RAFIZI


Menteri pernah dikecam kerana buat kenyataan tentang ayam kini nasihat Rafizi

Hampir sedekad lalu, seorang menteri pernah dikecam kerana nasihatnya yang meminta rakyat tidak memakan ayam sekiranya harga komoditi itu menjadi terlalu mahal.

Kini, Hasan Malek mempunyai kata nasihat buat Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, selepas kenyataannya minggu lalu yang hampir serupa dengan apa yang pernah dikatakan bekas menteri itu mengundang kecaman ramai.

Bercakap kepada MalaysiaNow, Hasan turut menasihatkan menteri ekonomi itu supaya tidak "ambil hati" dengan kritikan yang dilontarkan dan harus menumpukan kepada tugasnya dalam menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi rakyat.

"Masa itu, dia (Rafizi) berada di pihak pembangkang jadi dia belum tahu dan menghayati tanggungjawab (menteri) yang menjaga hal ehwal pengguna,” katanya kepada MalaysiaNow.

"Jadi, tidak mengapa. Baru dia tahu sekarang.”

Pada 2013, Hasan yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Kuala Pilah dikecam teruk termasuk dari Rafizi apabila beliau menasihatkan rakyat supaya beralih kepada sumber protein lain ketika harga ayam meningkat.

Malah, kenyataannya supaya rakyat "elak makan ayam ketika harga naik" masih diguna pakai sehingga hari ini sebagai tanda menyindir mana-mana menteri yang mengeluarkan kenyataan atau membuat keputusan yang tidak memihak kepada pengguna.

Baru-baru ini, ramai pihak termasuk pakar ekonomi mengkritik Rafizi apabila mengeluarkan kenyataan "By right (sepatutnya), kalau harga ayam mahal, kurangkan makan ayam" pada sidang medianya, dan mereka turut menyamakan kenyataan itu dengan apa yang dikatakan oleh Hasan pada 2013.

Bagaimanapun, Hasan berkata beliau tidak berdendam dengan kritikan yang dibuat orang ramai.

"Jadi, Rafizi perlu terima kritikan rakyat, ini adalah lumrah menjadi menteri.

"Dia perlu cari jalan, jangan cakap saja, sebab semua orang boleh bercakap dan semua orang boleh beri pandangan tetapi realitinya tidak begitu," kata Hasan yang turut menyifatkan kritikan terhadap Rafizi tidak jauh beza dengan apa yang dialaminya sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia Saravanan Thambirajah berkata Rafizi tidak boleh sekadar memberi ulasan mengenai punca kenaikan harga ayam.

Sebaliknya, beliau berharap ahli Parlimen Pandan itu akan lebih fokus kepada usaha mencari jalan penyelesaian kerana itu apa yang dimahukan rakyat.

Walaupun beliau memuji inisiatif Rafizi yang cuba menerangkan mengenai kenaikan harga ayam dari sudut pandangan bekalan dan permintaan, namun keutamaan sekarang ialah memastikan bekalan tetap ada.

"Sebab itu kita memilih 222 ahli Parlimen untuk bantu selesaikan masalah yang dihadapi.

"Kalau ayam tiada di Malaysia, kami rakyat tak boleh import ayam dari negara lain, kerajaan yang boleh buat keputusan itu," tambah beliau.

KEADAAN MAKIN

BERAT

KAH KAH KAH

BERAT INI BERAT

BILA 

HASAN MALIK

NASEHAT RAFIZI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MI RES MI KES

MI LOD

KAH KAH KAH

KHASLAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua ingat akta lompat ni auto .. rupanya kuasa kat speaker.. mampus. sudah pasti berat sebelah.. batalkan jelah akta lompat tak berguna.. boleh dimanipulasi.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat majority suka orang bodoh jadi Munke, yang rasuah jadi PM supaya mereka pun dapat habuan cepat percuma atas dasar bantuan, kah kah kah makin malas supaya yang bekerja kuat bayar cukai, yang malas tiada kerja dapat bantuan, macam negara maju lah, yang melepak, yang malas bekerja dapat bantuan, makanan, free food bukan kerana mereka benar benar tiada kerja langsung, tetapi kerana terlalu memilih, susah nak tolong orang macam ini, contoh mudah pemintah sedekah, anggota badan cukup, nampak sihat tetapi lagi senang minta sedekah, kalau Malaysia ini nak cari makan bukan susah, basuh pinggan pun ada gaji, ada makanan tetapi lagi senang tunggu dapat bantuan, budaya ini kena ubah, banyak sektor perlu pekerja tetap tetapi makin ramai menganggur, kenapa tak boleh buat kerja apa pun sampai dapat kerja idaman? Kah kah kah ubat dahulu kala pahit tetapi cepat sembuh amin

Tanpa Nama berkata...

bro..dah tengok laporan dari dr uzir DOSM ke belum.selama 22 tahun zaman mellinium, kita ada majlis professor.kita memiliki warga2 profesor dan doktor pelbagai bidang.sehingga kini tiada sekor doktor atau professor yg berjaya hasilkan makanan ayam. kita bergantung kpd import makanan ayam dan pd ketika yg sama malaysia adalah pengesksport kelima terbesar ayam.kita import guna dolar bukannya guna wang riya kelantan atau pertukaran emas menurut ekonomi islam.beza rafizi dgn hasan malik ialah rafizi memberikan perincian tentang langkah2 pendek dan panjang. rafizi mensarankan kurangkan protein bernama ayam.lu ada dgr pasal opr? kenapa opr dinaikkan?asset bank negara susut disbkan kejatuhan ringgit.bank naikkan opr sb taknak permintaan tinggi terhadap hutang.pakar2 ekonomi akan kata ketika opr naik, kita jgn buat hutang sb interest tinggi.ketika opr tinggi, kita disaran menyimpan utk interest.profesor2 gagal buat makanan ayam disbkan tiada dana penyelidikan.kajian2 profesor bukan utk tujuan komersial, kajian hanya utk tujuan dpt naik pangkat..itu saja standard tertingi professor dimalaysia. biar la dikatakan profesr kangkung, biarkan dikatakan profesor membodohkan rakyat, janji dpt gaji dpt bermewahan dpt keuntungan projek2 atas angin..profesor ekonomi juga gagal membangunkan ekonomi malaysia.rafizi bukan profesor..