Khamis, 29 Disember 2022

LANGKAH TEPAT SPRM


SPRM buka siasatan kes pindahan saham Menara KL


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap dakwaan urus niaga membabitkan pemindahan hak milik bagi pengurusan bangunan ikonik Menara KL.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut berkenaan siasatan berkenaan.

“Ya, SPRM buka kertas siasatan (berhubung penjualan hak milik pengurusan Menara KL).

“Kami sudah mulakan siasatan,” katanya.

Awal minggu ini, isu Telekom Malaysia (Telekom) menjual 10 juta sahamnya dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd yang menguruskan bangunan itu, tular di media sosial.

Ia mendakwa TM melepaskan pegangannya dalam anak syarikat itu, dikatakan dengan pulangan besar, kepada sebuah syarikat kurang dikenali iaitu Hydroshoppe, tidak lama sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengguna Twitter (@FreeMsia) mendakwa Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd memperoleh keuntungan RM66 juta pra pandemik, di mana RM25 juta didaftarkan sebagai keuntungan bersih.

Pada Isnin, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Putrajaya akan meneliti urusniaga membabitkan jualan Menara KL.

Fahmi berkata beliau melihat perkara itu dengan serius, dan akan menerima taklimat lengkap berkenaan hal itu daripada Telekom awal minggu depan.

“Saya memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial itu selain banyak soalan diterima daripada media berkenaan pengambilalihan pengurusan Menara KL menerusi pegangan saham penuh daripada Telekom menerusi anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

“Saya menerima taklimat lengkap berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital pada 14 Disember.

“Saya juga akan menerima taklimat lengkap berkenaan perkara ini daripada Telekom pada 3 Januari depan,” kata Fahmi.

Pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Hydroshoppe Sdn Bhd adalah syarikat perdagangan am yang diperbadankan pada 15 Februari, 2008.

Syarikat itu berpangkalan di Shah Alam, Selangor dengan jumlah modal saham terbitan sebanyak RM1 juta.

Dua pengarah yang disenaraikan ialah Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Nazarina Mohamed Nasir, dengan masing-masing mempunyai 500,000 saham.

“Jangan cuci tangan”

Semalam, bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa berkata beliau tidak terbabit dalam keputusan Telekom untuk menjual anak syarikatnya yang menguruskan Menara KL.

Bekas ahli Parlimen Ketereh itu berkata urus niaga itu membabitkan syarikat disenaraikan dan bukan kerajaan.

“Ia tidak ada kaitan dengan menteri komunikasi,” kata Annuar.

“Pegi tanya TM. Jika syarikat itu memperoleh untung RM25 juta, kenapa mereka tidak mahu mengekalkannya dan menjualnya?,” katanya.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata bekas menteri telekomunikasi dan multimedia tidak bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikannya berhubung isu itu.

“Sepatutnya beliau (Annuar) sedar tentang perkara sensitif ini kerana ia membabitkan aset ikonik Malaysia.

“Beliau tidak boleh cuci tangan saja daripada perkara ini begitu saja kerana ia berlaku ketika beliau menjadi menteri. Beliau patut bekerjasama berkenaan perkara ini,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 29 Disember, 2022.


LANGKAT TEPAT

SPRM

KHALAS

KEJAYAAN AWAL

KERAJAAN BARU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM ini entah lah nak cakap apa, heboh heboh sekejap sini sekejap sana, lepas itu senyap menyap selalu, tarak follow up kah kah kah semua selimut bantal akan sampai bagi orang lupa tidur terus kah kah kah