Ahad, 6 Februari 2022

AMARAN ! BAHAYA BAHAYA

 


Jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat kepada 10,089 kes

MALAYSIA mencatatkan 10,089 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari yang mana ia kali pertama dalam tempoh empat bulan negara melaporkan lebih 10,000 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.
 
Kali terakhir negara mencatatkan lebih daripada angka itu ialah pada 2 Oktober 2021 apabila sebanyak 10,915 kes dilaporkan.

Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 2,914,220 juta jangkitan.

Negara melaporkan lebih 5,000 kes selama enam hari berturut-turut.
 
Beliau berkata negara juga mencatatkan peningkatan dalam kadang jangkitan (R-naught) daripada 1.15 kepada 1.20 menunjukkan virus itu merebak dengan pantas.

Pada masa ini Sabah mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.41.

Sementara itu lebih 22.9 juta individu dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23.22 juta orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak bawah 12 hingga 17 tahun hampir 2.8 juta atau 88.7% daripada mereka sudah melengkapkan vaksinasi manakala hampir 2.87 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 73,328 dos vaksin dikeluarkan dengan 15,673 dos pertama, 782 dos kedua dan 56,873 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang dikeluarkan di bawah program imunisasi kebangsaan sebanyak 63,914,165. – 6 Februari, 2022.

AMARAN

BAHAYA DARI

MAT KOBID

AMIN

MACAM 

MAT KOBID TAHU

KITA NAK BUAT

PILIHAN RAYA

AMIN

MASA BOLA FINAL

TAKDA PULAK

BIJAK MAT KOBID

BERI AMARAN

KHALAS

JAWABNYA

IKUT C.U.H

DAN

SENTIASA GUNA

IVERMECTIN

AMIN

Tiada ulasan: