Isnin, 16 Januari 2023

APA MAKNA BERIAT INI ?


Hakim kes Zahid, Najib dilantik ke Mahkamah Rayuan

DUA hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes penting – antaranya melibatkan Zahid Hamidi, Najib Razak, Rosmah Mansor dan Arul Kanda difahamkan dilantik ke Mahkamah Rayuan.

Sumber mahkamah memberitahu The Malaysian Insight, dua hakim tersebut Collin Lawrence Sequerah dan Mohamed Zaini Mazlan akan mengangkat sumpah jawatan itu esok.

Pegawai tinggi mahkamah itu menyatakan, perjalanan kes berkepentingan umum yang didengar oleh kedua-duanya bakal diputuskan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

“Bagi kes mereka yang sedang berjalan, mungkin akan diteruskan sehingga ke akhir peringkat ia didengar, atau hakim baharu mengambil alih.


“Tunggu sajalah nanti Ketua Hakim Negara beri arahan apa,” kata pegawai tersebut.

Sumber mengesahkan satu majlis perpisahan berlangsung hari ini bagi menghargai khidmat kedua-duanya di Mahkamah Tinggi.

Hakim Collin pada waktu ini antara lain mendengar kes Zahid Hamidi, yang kini timbalan perdana menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan jutaan ringgit wang haram milik Yayasan Akal Budi.

Hakim Collin juga mendengar kes bekas perdana menteri Najib Razak memperoleh suapan RM2.3 bilion serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram dana 1MDB.

Selain itu, hakim tersebut mendengar kes dihadapi isteri Najib, Rosmah yang didakwa meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta bagi projek tenaga solar bagi sekolah luar bandar Sarawak.

Hakim Mohamad Zaini pula mendengar kes dihadapi bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy melibatkan sabitan ke atas Najib.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB bagi mengelakkan tindakan dikenakan ke atas perdana menteri keenam itu.

Sumber juga menyebut, dua hakim akan disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi, salah seorang daripadanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azhar Abdul Hamid.

The Malaysian Insight difahamkan, seorang lagi merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Norsharidah Awang.

Selain itu, Pendaftar Mahkamah Tinggi Zaharah Hussain pula akan disahkan sebagai pesuruhjaya kehakiman baharu, kata sumber lagi.

Tengku Maimun pada minggu lalu mengesahkan dua jawatan hakim Mahkamah Persekutuan dan sembilan jawatan hakim Mahkamah Rayuan akan diisi tidak lama lagi.

Beliau dilaporkan berkata, nama calon tersebut sudahpun dikemukakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk penelitian perdana menteri dan Majlis Raja-Raja.

Sebahagian nama itu dikemukakan sewaktu pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan sebahagian lagi apabila Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kesepuluh, kata Tengku Maimun seperti dilapor The Edge Markets. – 16 Januari, 2023.

JENG JENG JENG

APA MAKNA

BERITA INI

GUA TAK TAHU

AMIN

APA LATAR

BERITA INI

GUA DALAM GELAP

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cui Bono nak perbaiki sistem keadilan nasional atau nak settle Kes kluster mahkamah? Kah kah kah tengok siapa pegang kuasa, siapa cui bono nanti, jangan sandiwara berterusan sudah Amin kah kah kah