Isnin, 16 Januari 2023

KLUSTER MAHKAMAH



Hassan sifatkan UMNO virus kluster mahkamah menjangkiti Anwar

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen PKR menyifatkan Barisan Nasional dan UMNO yang terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah sebagai virus.

Hassan Abdul Karim yang merupakan Ahli Parlimen Pasir GUdang berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH).

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksid ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” kata Hassan dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hassan, beliau bersimpati terhadap Anwar kerana Perdana Menteri itu ketika ini berada dalam dilema berikutan melantik Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan beliau.

Katanya, rakyat yang celik ilmu pengetahuan akan mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) merupakan individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah.


“Berpuluh tahun majoriti rakyat mimpikan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Termasuklah penulis kerdil ini. Tetapi realiti yang wujud di siang hari bukannya mimpi indah itu tadi. Realitinya berbeza sama sekali.

“Inilah dilema Anwar. Tolak kerjasama dengan BN-UMNO yang dipimpin oleh TPM1 bererti kerajaan Anwar Ibrahim tumbang. Anwar hilang jawatan. PH hilang kerajaan. Ramai yang akan meroyan.

“Meneruskan kerajaan yang ada sekarang dengan sokongan TPM1 dari kluster mahkamah sudah pasti menjejaskan imej Anwar, mencomotkan wajah Parti Keadilan Rakyat dan mencemarkan prinsip PH yang ingin membawa agenda reformasi institusi,” katanya.

Dalam perkongsian di media sosial, Hassan memberikan dua senario hipotetikal yang kedua-duanya memberikan impak negatif terhadap Anwar.

Senario pertama sekiranya mahkamah memutuskan TPM1 tidak bersalah dan dilepas serta dibebaskan dari berpuluh tuduhan jenayah yang dihadapinya.

“Penulis percaya sudah pasti akan wujud keadaan di mana sesetengah rakyat akan cepat menuding jari dan menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah campur tangan dalam keputusan mahkamah itu.

“Walhal keadaan yang sebenarnya mungkin Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana beliau tidak campur tangan urusan mahkamah seperti janji tegasnya selama ini yang mahu sistem mahkamah berfungsi dengan bebas. Fitnah ke atas Perdana Menteri akan terus berlaku,” katanya.

Senario kedua pula TPM1 didapati tidak bersalah dan dilepaskan.

Dalam berhadapan dengan senario ini, persoalan yang ditimbulkan sama ada pendakwa raya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“Tidak wujudkah conflict of interest di pihak kerajaan sama ada hendak membuat rayuan atau tidak membuat rayuan. Ini satu lagi dilema Anwar Ibrahim.

“Jika pendakwa raya yang juga peguam negara tidak membuat rayuan, sebagai contoh andaian, maka yang jadi mangsa fitnah tetap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Presiden Parti Keadilan dan Pengerusi PH itu akan dituduh cuba menyelamatkan TPM1.

“Itulah susahnya dan dilemanya yang sekarang dihadapi Anwar kerana melantik TPM1 yang ada kes di mahkamah,” kata Hassan.

Menurut Hassan, jika Anwar bertegas mengikut semangat dan konvensi perundangan perlembagaan dalam Perkara 33(A)(1) bermakna kerajaan perpaduan pimpinannya akan tumbang.

Sebaliknya jika kolaborasi antara Anwar, PH dengan TPM1 diteruskan maka Anwar akan beransur-ansur hilang reputasi seorang reformis.

Manakala PKR memasuki fasa gerhana dan gelap manakala PH hilang integriti dan tidak dipercayai lagi. – 

WOIT

KAH KAH KAH

JENG JENG JENG

YB INI TAK FAHAM

TAK TAHU

TAK KENAL PMX

KAH KAH KAH

INI REALPOLITIK

TANPA ZAHID

KERAJAAN

TAK AKAN WUJUD

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang tak dapat perhatian PM, yang tak dapat jawatan, yang tak dapat projek projek semua meluat, semua putus ada, sindrom penyakit rasuah sudah tular dalam komuniti politik sekian lama, susah berpolitik tanpa wang ringgit kah kah kah ingat jadi Kerajaan ada masuk masuk masuk kah kah kah tapi zaman berubah, kah kah no more rasuah politik Amin, harap harap semua kaum kerabat rasuah divaksin dengan ubat SPRM kah kah kah usul tembak mati perasuah negara bagi takut, cabut pangkat macam negara Indonesia, malu depan TV bukan bagi jenama Bossku, baru akan takut, kalau setakat tangkap dakwa did mahkamah sampai bertahun semua jadi jenama Bossku, kah kah kah