Sabtu, 14 Januari 2023

BUKTI JELAS - EKONOMI AKAN PARAH




Kadar OPR mungkin naik lagi, pengguna makin tertekan


BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekali lagi dalam tempoh beberapa minggu akan datang, sekali gus bakal menambah beban kepada majoriti peminjam.

OPR yang pada masa ini pada kadar 2.75%, dijangka naik 25 mata asas lagi kepada 3.00%.

Angka itu masih di bawah paras pra pandemik Covid-19 iaitu 3.25% pada Mac 2019.

Namun, satu lagi kenaikan OPR ditambah dengan kadar inflasi yang tinggi, akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, terasa sakitnya dengan keadaan ekoomi yang menekan.

Nathan, 34, seorang juruteknik di sebuah syarikat penerbangan tempatan dengan gaji bersih RM4,500 berkata kenaikan OPR sekali lagi akan menjejaskan perbelanjaan bulanannya yang pada masa ini sudah cukup sempit akibat kadar inflasi.

Pada masa ini beliau membayar hampir RM2,000 untuk bayaran bulanan pinjaman rumah yang dibelinya di Nilai dengan harga RM450,000 pada 2015.

Nathan berkata kenaikan OPR sangat membebankan dan menambah tekanan kepada peminjam.

“Melihat kepada kebanyakan perbelanjaan meningkat kerana inflasi tinggi, kenaikan sekali lagi OPR sudah tentu tidak boleh diterima, tetapi kami tidak dapat mengawalnya.

“Apa pun keadaannya, kami terpaksa bayar,” katanya.

Nathan yang membuat permohonan pinjaman bersama adiknya untuk membeli rumah itu, berkata beliau tidak ada pilihan dan terus membayarnya, jika tidak mereka terpaksa menjual hartanah itu.

“Menjual rumah itu mungkin antara opsyen yang ada tetapi siapa yang hendak beli dengan kadar sekarang dan OPR yang terus meningkat.

“Ia akan menakutkan pembeli,” katanya, yang pada masa ini turut menjaga ibu bapanya.

Nathan berkata beliau akan terpaksa melakukan dua kerja untuk menanggung semua perbelanjaan yang meningkat.

Kadar OPR di Malaysia berada pada paras terendah 1.75% pada awal 2020 selepas tercetusnya wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun tahun lalu, OPR dinaikkan empat kali berturut-turut hingga kadar faedah berada pada 2.75%.

Kenaikan OPR memberikan kesan kepada bayaran ansuran bulanan pinjaman bank, menyebabkan peminjam terpaksa membayar lebih.

Contohnya ialah, kenaikan 0.25% dalam OPR bagi pinjaman rumah RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 30 tahun mungkin akan menyebabkan tambahan RM71 bagi bayaran ansuran bulanan.

Ini bermakna, peminjam perlu membayar anggaran RM25,560 tambahan bagi keseluruhan faedah dalam tempoh 30 tahun itu bagi kenaikan 0.25% OPR. – 14 Januari, 2023.


BUNGA BANK

NAIK

AMIN

PEMINJAM AKAN

PARAH

AMIN

HUTANG TINGGGI 

BERTAMBAH

AMIN

KONDO & FLET

BANYAK AKAN

DILELONG BANK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Kaya akan lebih kaya, orang miskin jadi papa kedana, ITU saja, nak Selamat siapa, mesti lah orang Kaya, naik sini naik sana jaga kepentingan pelabur orang Kaya, biasa lah rakyat miskin kena berkorban atas nama subsidi, bantuan apa apa lagi yang ada bagi sedap dengar, kah kah dunia kapitalis begitu, tak payah cerita lain lah buang masa wokey kah kah kah Masih percuma jangan nak cukai pulak kah kah kah