Khamis, 19 Januari 2023

NAJIB AKAN DI BEBASKAN ?


Mahkamah Persekutuan dengar permohonan semakan Najib batal sabitan kes SRC  hari ini


HARI INI Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan Najib Razak untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas atau agar rayuannya didengar semula.

Panel terdahulu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim (sekarang Presiden Mahkamah Rayuan) serta hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Mohamad Zabidin Mohd Diah (kini Hakim Besar Malaya), Nallini Pathmanathan dan Mary Lim Thiam Suan.

Panel baharu akan mendengar percubaan terakhir Najib melalui prosiding mahkamah untuk mengetepikan keputusan itu. Perbicaraan dijadual bermula pada 9 pagi. Najib, 69, kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Pada 9 Januari Hakim Tengku Maimun dalam sidang media berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai hakim yang mencukupi untuk membentuk panel bagi mendengar permohonan semakan Najib.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai permohonan semakan Najib, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pasukan peguam Najib perlu meyakinkan panel baharu yang mendengar semakan itu bahawa panel lama yang mendengar rayuan itu pada 23 Ogos tahun lepas tidak memberikan pendengaran yang adil dalam kes tersebut.

“Jika mereka dapat meyakinkan mahkamah mengenai apa-apa isu yang menunjukkan Najib langsung tidak mendapat pendengaran yang adil, mahkamah boleh membatalkan perintah Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Untuk mengetepikan perintah berkenaan, rayuan itu harus didengar semula kerana ia belum didengar lagi. Rayuan tersebut akan ditetapkan untuk pendengaran semula di hadapan panel lain.

“Apabila panel baharu mendengar rayuan baharu di Mahkamah Persekutuan, maka mereka boleh memutuskan perkara itu…sekiranya peguam Najib sekali lagi berjaya meyakinkan panel baharu bahawa keseluruhan sabitan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan mengekalkan sabitan oleh Mahkamah Rayuan juga cacat dari segi undang-undang maka mereka boleh mengetepikan sabitan tersebut,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Mohamed Haniff berkata jika permohonan semakan Najib ditolak maka perkara itu akan berakhir kerana tiada lagi rayuan daripada semakan itu.  

“Itulah pengakhiran keseluruhan prosiding kehakiman Najib dalam isu SRC,” katanya.

Pada 23 Ogos Hakim Tengku Maimun ketika menolak rayuan akhir Najib berkata peguam walaupun hadir dan ada dalam rekod mahkamah secara fizikal tetapi enggan berhujah walaupun selepas diminta mahkamah berulang kali sehubungan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk meneruskan rayuan mengikut Seksyen 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata panel itu mempertimbangkan rayuan Najib dengan mengambil kira rekod rayuan termasuk petisyen rayuan yang mengemukakan 94 alasan rayuan, penghujahan yang difailkan di Mahkamah Rayuan serta penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu peguam Nizam Bashir berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan semakan itu di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

“Untuk berjaya, perlu diingat bahawa apa-apa pelaksanaan bidang kuasa Peraturan 137 ini hanya akan dijalankan dengan teliti, dalam keadaan yang jarang berlaku dan luar biasa untuk mengelak ketidakadilan, permohonan mesti menunjukkan terdapat ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memfailkan petisyen memohon pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International.

Selain itu, Najib menerusi Tetuan Shafee & Co pada 5 Januari lepas memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD).

Petisyen itu difailkan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva melalui penghujahan digital dan beliau memohon pembebasan atau perbicaraan semula berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa. – Bernama, 3 Januari, 2023.


APAKAH

ADA PROJEK

LICIK SEDANG

DIRANCANG

UNTUK BEBASKAN

NAJIB

JENG JENG JENG

ADALAH ADA

APA APA JANJI

TERSELIT

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: