Khamis, 19 Januari 2023

TOK MAT LEBIH LAYAK JADI TPM


Imej Tok Mat kini seperti Zahid, kata penganalisis


Imej Mohamad Hasan sebagai “penyelamat” mungkin berkecai selepas cuba menjustifikasikan tindakan bekerjasama dengan DAP pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini, selain mengekalkan jawatan tanpa pertandingan pada pemilihan akan datang.

Mohamad dikatakan sebagai “hero” oleh seorang penganalisis selepas berjaya memimpin parti itu bangkit dalam beberapa siri pilihan raya kecil pada 2019, ketika Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti sebagai presiden.

Ahli Parlimen Rembau yang mesra dipanggil Tok Mat itu turut dikreditkan dalam kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Namun menurut Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beberapa tindak-tanduknya sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuatkan imejnya sedikit tercalar.

"Kini ada yang mengatakan bahawa Tok Mat tidak ubah seperti lalang atau lidah bercabang. 

"Tok Mat adalah politikus yang menggunakan segala peluang dan ruang demi survival. 

“Maka bekerjasama dengan DAP adalah suatu tindakan strategik demi kepentingan parti," katanya kepada MalaysiaNow.

Nama Mohamad meningkat naik dalam Umno selepas menewaskan Annuar Musa dalam perebutan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti lepas.

Beliau berganding bahu dengan Zahid yang menjadi presiden menggantikan Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan susulan kekalahan pada PRU14.

Kedua-dua mereka mengekalkan jawatan selepas perhimpunan agung meluluskan usul tambahan daripada perwakilan Rembau agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Kerjasama dengan DAP menjadi beban kepada Umno yang selama ini musuh utama parti itu.

Meskipun ia dilihat membantu “survival” Umno, tindakan Mohamad memberi justifikasi kerjasama dengan DAP baru-baru ini tidak boleh diterima majoriti orang Melayu, menurut penganalisis politik, Azizi Safar.

"Selepas PAU 2022, dari sudut persepsi awam, imej Tok Mat kini tidak jauh berbeza dengan Zahid Hamidi.

"Kedua-duanya dilihat sebagai manusia politik yang lebih pentingkan kedudukan dan jawatan dalam Kerajaan," katanya.

Mohamad menjelaskan, Umno memilih DAP kerana parti itu tidak bermuka-muka.

Beliau juga berkata Umno tetap ditolak rakyat meskipun selama ini menentang DAP.

Ia bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan DAP.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga kebanyakan masa akur dengan kehendak Zahid sebelum ini, termasuk menekan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU15 lebih awal.

Bagi pemerhati politik Mak Khuin Weng, Tok Mat tidak pernah menjadi seorang “reformis”.

"Tok Mat sentiasa berhati-hati.

“Dahulu apabila beliau kelihatan mengkritik Ahmad Zahid dalam satu temu bual, beliau cepat menjelaskan apa yang dimaksudkan pada temu bual itu," katanya.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi, Umno Tajuddin Rahman mendedahkan, Mohamad turut bersama-sama sekumpulan pemimpin parti itu merancang untuk menjatuhkan Zahid pada Mei 2020 namun kemudian membuat pusingan-U selepas menerima gertakan daripada pengikut presiden parti itu.

TOK MAT LEBIH

LAYAH JADI TPM

AMIN

DIA TAKDA KES

DI DAKWA

DI MAHKAMAH

AMIN

PANDAI CAKAP

ORANG PUTIH

AMIN

PERNAH KERJA

DI LONDON 

TU PASAL

 ANTA DUIT

 KE LONDON

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penganal di Malaysia ni awat ramai kurang cerdik? Dah terang2 la tokmat dgn wak tu join ph semata2 untuk terus hidupkan umno. Mustahil la depa2 ni xtau hidup mati umno ni bergantung pada benda bernama ringgit. Kalau join PN dapat gula2 saja berapa lama umno nk bertahan? Join PH peluang nak bahagi projek negeri kaya lebih tinggi. Dey penganal, tokmat pun Tau klu join PN dahlah dpt negeri2 miskin,pastu kalau jadi lah sapu duit ka rasuah ka agak Hangpa siapa pertama dipersalahkan. umno lah bongok !