Ahad, 15 Januari 2023

PDRM - MENGAWAL SCAM




Pusat Respons Scam beroperasi hingga 8 malam
KUALA LUMPUR – Waktu operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan bukan 24 jam, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

NSRC ditubuhkan bertujuan membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 997 untuk membuat aduan berkaitan penipuan siber.

“Ini boleh dilakukan dengan menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan tindakan akan dijalankan dengan membekukan akaun serta menyekat pengeluaran wang.

“Mangsa kemudian perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

NSRC merupakan inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan bagi menangani kes-kes jenayah siber dengan lebih berkesan dan bersepadu. 

TAHNIAH 

PDRM 

KERJA BAIK

AMIN

PERLU JADIKAN

24 JAM

AMIN

PENIPU SIBER

KERJA TAK

IKUT MASA

KHALAS

Tiada ulasan: