Ahad, 15 Januari 2023

ZAHID SCAM SHAHIDAN -


Zahid dicadang jadi Presiden UMNO seumur hidup – Shahidan

ARAU – Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau,  Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada  Ahmad Zahid Hamidi kerana menjadi presiden dalam sebuah parti yang tidak mempertandingkan jawatan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau turut mencadangkan beliau kekal sebagai Presiden UMNO seumur hidup dan kes mahkamah Ahmad Zahid ditangguhkan sehingga lima tahun supaya boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.

“Saya mencadangkan agar beliau (Ahmad Zahid) menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Takziah juga buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan tersebut. Jangan bimbang, jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Semalam, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bersetuju agar  Ahmad Zahid dan Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Namun sebelum itu, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan. 



WOIT

SHAHIDAN BALL

KENA SCAM

OLEH ZAHID

AMIN

SHAHIDAN BALL

NAIK DARAH

KAH KAH KAH

LALU ZAHID 

SCAM KETUA

BAHAGIAN

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: