Ahad, 8 Januari 2023

SABAH MAKIN KACAU


APA SEDANG

BERLAKU

DI SABAH ?

KAH KAH KAH

APA PENGARUH

PADA  PUTRAJAYA

JENG JENG JENG


5 Adun Umno sokong Hajiji, desak Bung Moktar letak jawatan


Hajiji sudah tiada sokongan majoriti, kata KDM



Umno, BN tarik balik sokongan kepada Hajiji, umum Bung Moktar



Tidak perlu bubar DUN Sabah, kata 7 Adun Pakatan


DEWAN Undangan Negeri Sabah tidak perlu dibubarkan, kata wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.

PH Sabah sebaliknya menegaskan sokongan kepada Hajiji dan mencadangkan supaya Sabah mengambil contoh Putrajaya untuk membentuk kerajaan perpaduan, kata tujuh wakil rakyat negerinya.

“Kami ingin memaklumkan bahawa tujuh ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Harapan memberi sokongan kepada Ketua Menteri sedia ada, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Noor yang merupakan Adun Sulaman.

“Ini adalah selari dengan prinsip kami untuk memastikan kestabilan politik terus mantap di Sabah dan tidak terlibat dalam langkah seperti Langkah Sheraton.

“Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat persekutuan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Tujuh Adun PH itu ialah Christina Liew (Api-Api), Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

Mereka sebelum ini menegaskan tidak pernah memberi akuan bersumpah kepada mana-mana pihak untuk membentuk sebuah kerajaan di Sabah.

“Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ia tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada November 2022 yang lepas,” kata mereka, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, tujuh wakil rakyat PH berkata mereka kesal melihat Sabah sekali lagi diheret ke dalam kemelut politik yang tidak sepatutnya berlaku.

Kata mereka, fokus pimpinan negeri pada masa ini sepatutnya membantu rakyat dan membangunkan ekonomi serta menjayakan cita-cita Perjanjian Malaysia 1963.

“Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara pintu belakang,” kata mereka.

Semalam, pengerusi Umno dan BN Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan pihaknya tidak lagi menyokong Hajiji sebagai ketua menteri. Lima Adun Umno bagaimana tidak bersama dengan keputusan parti, dan menurut Bung Moktar, mereka akan dikenakan tindakan.

Umno dan BN Sabah menarik sokongan atas alasan Hajiji mungkir janji berkenaan pelantikan jawatan anggota kabinet negeri dan dalam syarikat milik kerajaan negeri.

Serentak itu, tiga wakil rakyat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) juga mahu Hajiji letak jawatan segera kerana tiada lagi sokongan majoriti.

Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun bagaimanapun menegaskan Hajiji masih kekal ketua menteri dan kedudukannya sah mengikut perlembagaan.

Awal hari ini, Warisan yang mempunyai 19 kerusi di DUN Sabah mempersoalkan keabsahan Hajiji untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri. – 7 Januari, 2023.

Tiada ulasan: