Isnin, 17 Julai 2023

SWATCH DAN PELANGI



Swatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Swatch Malaysia menfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi, di sini, selepas pihak berkuasa merampas 172 jam tangan jenama itu pada Mei lepas.

Sebelum ini, penguatkuasa Kementerian Dalam negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai ini.

Difahamkan, dalam semakan kehakiman dikemukakan, Swatch Malaysia mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Sebaliknya, syarikat itu menyatakan bahawa akta tersebut lebih kepada penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

Justeru itu, kata Swatch, sepatutnya pegawai KDN mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya.

Malah syarikat tersebut mendakwa beberapa model daripada 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.

“Kita juga telah memohon supaya jam-jam itu dipulangkan kembali pada bulan lepas melalui peguam kami namun KDN tidak berbuat demikian,” katanya.

Serbuan pada 13 dan 14 Mei lepas dilakukan terhadap butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik telah diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Berdasarkan saman yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN itu, penjualan koleksi jam pelangi terbabit didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, dikatakan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu memandangkan jenama tersebut sentiasa menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.

“Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan ‘merampas’ pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit,” katanya.

Nick menegaskan, sejak dahulu lagi jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. – 

SYARIKAT KAPIR

NI TAK FAHAM

POLITIK

AMIN

TALIBAN SERANG

ANWAR KES

MAIN BONTOT

AMIN

UNTUK BUKTI

ANWAR TAK MAIN

BONTOT MAKA

TANGKAP PELANGI

AMIN

SYARIKAT KAPIR

NI HANYA NAK

BUAT DUIT TAK

BELAJAR POLITIK

MELAYU ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elon Muak tahu tak cerita warna pelangi ini? Kalau tahu nak masuk lagi tak? Melabur lah bukan nak beli jam tangan Swatch pun kan? Kah kah kah kalau warna pelangi haram ikut Taliban, kalau keluar pelangi boleh tengok tak? Jatuh haram tak? Saja tanya jangan marah-marah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Elon Muak tahu tak cerita warna pelangi ini? Kalau tahu nak masuk lagi tak? Melabur lah bukan nak beli jam tangan Swatch pun kan? Kah kah kah kalau warna pelangi haram ikut Taliban, kalau keluar pelangi boleh tengok tak? Jatuh haram tak? Saja tanya jangan marah-marah kah kah kah