Jumaat, 13 Oktober 2023

BUJET BIKIN LAGI RAKYAT SUSAH


Belanjawan 2024 naikkan cukai kurangkan subsidi – DPIM

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyifatkan Belanjawan 2024 sebagai bajet untuk menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, walaupun belanjawan kali ini mencatatkan jumlah terbesar di dalam sejarah negara namun ia
masih lagi belum mampu meringankan beban rakyat.

Menurutnya, fokus Belanjawan 2024 seharusnya untuk menurunkan dan mengawal kos sara hidup yang kian meningkat dan pada masa sama, fokus juga perlu diberikan untuk meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Namun Cukai Perkhidmatan dinaikkan dari enam peratus kepada lapan peratus kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi.

“Secara realistik akan berlaku rantaian kenaikan cukai kerana kos pengangkutan, kos logistik dan kos bahan mentah akan meningkat, menyebabkan kos makanan, minuman dan telekomunikasi turut akan meningkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini,

Shahir berkata, daripada sudut ekonomi global pula, nilai ringgit kian jatuh ke paras terendah iaitu RM 3.75 setiap 1 Dollar, walaupun negara ini adalah pengeluar minyak dunia.

Bagaimanapun, katanya, kebergantungan negara kepada bahan-bahan import menyebabkan harga bahan mentah bakal meningkat dengan mendadak.

Akibatnya Shahir berkata, harga makanan turut akan menerima tempias.

“Masih samar usaha yang mahu dilakukan oleh Kerajaan untuk mengukuhkan Ringgit dalam Belanjawan 2024,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir berkata, pihaknya mencadangkan tiga langkah jangka pendek bagi mengukuhkan nilai ringgit, agar dibahaskan di Parlimen oleh wakil-wakil rakyat.

Pertama, katanya, kerajaan perlu pergiatkan kempen pembelian barangan buatan tempatan.

“Kedua, merancakkan pelancongan dalam negara dan ketiga, melaksanakan kawalan ringgit dengan pengeksport menukar hasil mereka dalam mata wang asing kepada ringgit. Ini semua adalah antara langkah yang dilihat mampu menyokong sementara permintaan terhadap ringgit,” ujarnya.

Berkenaan isu cukai baharu yang diperkenalkan pula Shahir berkata, kerajaan perlu memperincikan pengurusan hasil cukai yang diambil daripada rakyat.

Ia pastinya memperkenalkan cukai baharu, iaitu cukai mewah pada kadar lima hingga 10 peratus adalah satu tindakan yang wajar kerana ia tidak membabitkan golongan berpendapatan rendah atau miskin tegar, katanya.

Pada masa sama, tambah beliau, kerajaan perlu memberikan pengecualian cukai kepada ibu bapa dan penjaga untuk yuran latihan sukan bagi menggalakkan penglibatan sukan anak-anak dan pengecualian cukai untuk sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa bersama-sama pembangunan sekolah anak-anak.

“Pada waktu ini, peruntukan untuk sekolah-sekolah daripada Kerajaan adalah tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, dari sudut subsidi pula, Shahir melihat ia tidak jelas dalam isu subsidi minyak dan diesel yang mahu ditarik balik atau melaksanakan subsidi bersasar.

Katanya,  Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sekadar menceritakan bahawa minyak dijual di negara ini adalah antara terendah di dunia.

“Ia seolah-olah memberi bayangan secara halus bahawa akan berlaku perubahan kepada subsidi minyak, seterusnya minyak RM1.50 seliter sekadar menjadi retorik janji palsu waktu pilihan raya,” katanya. – 

TARIK SUBSIDI

GAJI TAK NAIK

BIKIN LAGI SUSAH

KAH KAH KAH

APA NAK BUAT

TAIK KAMBING

BULAT BULAT

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: