Sabtu, 28 Oktober 2023

SAPA LEBIH ISLAM - SAPA LEBIH MELAYU


Isu senjata mainan program di sekolah disiasat, kata menteri

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung penggunaan senjata mainan dalam satu program yang dipercayai berkaitan solidariti bersama Palestin di sebuah sekolah, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan.

Beliau berkata, program minggu solidariti Palestin di sekolah digalakkan kerana ia penting untuk pemahaman nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar, namun pihaknya tidak berkompromi dengan unsur radikalisme, ekstremis atau keganasan.

“Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan, dan ia (program) juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan, malah garis panduan (minggu solidariti Palestin) ini juga sangat jelas. Sebab itulah kita adakan satu libat urus bersama pihak berkaitan.

“Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan dan sebagainya… Jadi kita minta semua pihak khususnya institusi pendidikan, untuk berikan perhatian penuh terhadap garis panduan yang kita keluarkan,” kata ahli Parlimen Nibong Tebal itu kepada pemberita di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan taman angkat amanita Taman Pekaka di SMK Saujana Indah di Nibong Tebal yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video satu program di sebuah sekolah yang dikatakan memaparkan unsur ekstremisme, dipercayai bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Bagaimanapun KPM mengesahkan program yang dipaparkan dalam rakaman video itu dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan minggu solidariti Palestin dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. – Bernama, 28 Oktober, 2023.


SAPA LEBIH

ISLAM

SAPA LEBIH

MELAYU

AKAN DAPAT 

SOKONGAN

MURID YG SEKARANG

DALAM TINGKATAN

3 EMPAT DAN 5

AMIN

SAPA DAPAT 

SOKONGAN 

BUDAK SEKOLAH

SEKARANG 

PASTI AKAN MENANG

PRU 16

KHALAS

Tiada ulasan: