Rabu, 25 Oktober 2023

SOKONG DASAR BAHASA ANWAR



PM ingatkan jabatan kerajaan jangan layan surat tidak guna bahasa Melayu


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Berucap merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan “terlajak” atau “terpesong” oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

“Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan. 

“Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.

“Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang  disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan,” katanya.

Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia “sempit” kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.

“Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris),” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata budaya membaca wajar dipraktikkan sejak muda lagi sebagai satu “keghairahan” dan bukan hanya wujud disebabkan mahu lulus peperiksaan.

“Saya harap budaya ini harus dihidupkan kerana sebaik sahaja kita mampu membaca, menelaah dan menghadam barulah kita dapat insya-Allah, menguasai ilmu mendalam dalam semua bidang. Kalau tak kita jadi intelektual picisan,” kata beliau.

Anwar berkata dalam keghairahan meneroka pemikiran dan teknologi baharu, aspek penguasaan bahasa kebangsaan dan pemerkasaan budaya tidak boleh dibelakangkan.

Beliau berkata walaupun aspek penerokaan bidang baharu menjadi fokus dalam kerangka Malaysia Madani, ia tidak mungkin mematangkan negara tanpa usaha penguasaan bahasa dan pemerkasaan budaya.

“Kita tak nak orang ingat dalam keghairahan teroka pemikiran baharu tetapi kita tinggalkan landasan akar bumi (bahasa dan budaya),” kata Anwar.  – Bernama, 25 Oktober, 2023.

TERBAIK

KHALAS

PERKARA BAHASA

KITA SOKONG

SARANAN PM

ANWAR IBRAHIM

AMIN

UNTUK 

MEMBUKTIKAN

PM BOLEH UBAH

PENGGUNAAN 

PRESINT

DI PUTRA JAYA

AMIN

BOLEH GUNA

MUKIM KARIAH

ATAU  DAERAH

AMIN 

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya akan ketimbang sambi ber-wawi-kang

Tanpa Nama berkata...

Yg dah Lepas tak perlulah diperbetulkan ia melibatkan kos. Ini Maddey punya agenda precinct ni.

Tanpa Nama berkata...

Letak juga syarat sesiapa nak melabur dalam negara wajib lulus Bahasa Melayu peringkat SPM, kena ada kredit kena cemerlang tulisan lisan boleh tak? Kita nak tengok juga betapa cakap tak serupa bikin orang politik ini? Mereka sendiri pun jarang guna bahasa Melayu lah woit yang dekat-dekat tahu lah kah kah kah