Khamis, 12 Oktober 2023

SOKONGAN WARGA FELDA DI NAFIKAN



Tak benar PN peroleh

 undi masyarakat Felda

 di Pelangai – Fahmi
KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Saifuddin Abdullah bahawa gabungan itu  memperoleh undi masyarakat Felda di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah tidak benar.

Bagaimanapun jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Barisan Nasional (BN) masih dapat menarik undi anak muda di saluran empat dan lima pada hari pengundian PRK tersebut.


“Saya sangkal kenyataan  Saifuddin Abdullah. Kita ada tiga Felda di DUN Pelangai iaitu Kemasul, Kemahal dan Chemomoi.

“Satu majoriti berpihak kepada PN dan satu di mana 10 peratus berpihak kepada Kerajaan Perpaduan manakala satu lagi tewas dengan lima undi.

“Secara umum di ketiga saluran ini, saluran satu golongan warga emas masih beri sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan dan agak menarik di dua Felda.

“Saya lihat saluran 4 dan 5 menyokong majoritinya kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pos Sedunia di Pos Malaysia hari ini.

Saifuddin sebelum ini berkata situasi itu diterjemahkan dengan kemerosotan undi BN di PRK Pelangai.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata, keputusan yang memihak kepada BN itu jelas menyaksikan pengundi DUN Pelangai menolak politik sempit yang dibawa oleh pembangkang.

“Kita lihat yang paling penting keputusan PRK Pelangai membuktikan bahawa rakyat Pelangai menolak politik permainan dan politik 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja),” katanya lagi.

PN tewas di PRK DUN Pelangai dengan majoriti 2,949 undi setelah calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi mengatasi calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hilang wang deposit apabila menerima hanya 47 undi.

DI MALAYSIA NI

SENANG SAJE

KALAU MENTERI

NAFI KAN 

MAKA 

PERKARA YANG

DINAFIKAN

ITU BENAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: