Sabtu, 23 Mac 2024

AWAS !!! PANAS MENYERANG



Tangguh semua 

aktiviti luar 

bilik darjah – KKM
KUALA LUMPUR – Semua aktiviti luar bilik darjah disyorkan untuk ditangguhkan di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pendedahan kepada cuaca panas secara berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

“Murid-murid sekolah adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan juga faktor kurang pengambilan air.

“KKM juga menasihatkan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu di semua lokasi dengan status Cuaca Panas Tahap 1,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muhammad Radzi merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang mengeluarkan kenyataan semalam bahawa negeri Perlis telah mengalami Gelombang Haba (iaitu suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C) sejak 19 Mac 2024, manakala sebahagian besar negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling) dan sebahagian negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta) mengalami cuaca panas Tahap 1 (iaitu suhu maksimum harian melebihi 35°C hingga 37°C).

Pada masa yang sama, MET Malaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.

Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya.

“Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan ini, ketika bersahur dan berbuka puasa hendaklah meminum air yang mencukupi.

“Awasi tahap hidrasi dan kesihatan anak-anak sepanjang berpuasa. Murid-murid sekolah adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan juga faktor kurang pengambilan air,” kata Dr Muhammad Radzi.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi turut berkata, sekiranya status cuaca bertukar kepada status Gelombang Haba tindakan selanjutnya boleh diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. – 

AWAS !!!

PANAS MENYERANG

BAHAYA

AMIN

PANAS AKAN PANAS

HINGGA BULAN

APRIL

AMIN

INI BARU MULA

MAKIN SETAHUN

SUHU MAKIN

TINGGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: