Sabtu, 27 April 2024

JANGAN ANGKUH - DUIT BELUM SAMPAI


Letak calon pengalaman, Muhyiddin yakin PN menang di KKB

KUALA KUBU BHARU – Perikatan Nasional (PN) berkeyakinan penuh strategi meletakkan calon anak tempatan akan dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin berkata, langkah meletakkan Khairul Azhari Saut sebagai calon adalah kerana beliau merupakan pemimpin setempat yang berpengalaman luas serta dekat dengan masyarakat.

“Walaupun Selangor dipimpin Kerajaan Perpaduan,  tetapi kita minta pengundi Kuala Kubu Baharu memberi peluang kepada kita supaya suara yang lebih lantang dibawa ke dalam sidang DUN bagi mengetengahkan pelbagai isu dan masalah yang berkait rakyat.

“Banyak isu cukup membebankan rakyat, di hadapan saya ini petugas media, tetapi (anda) tetap rakyat biasa yang paling ketara menghadapi masalah subsidi, kos sara hidup, kenaikan harga barang, masalah cukai yang bertambah enam kepada lapan peratus serta banyak lagi isu tempatan lain,” katanya kepada media di pusat penamaan calon, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika hadir memberi sokongan kepada calon PN, Khairul Azhari 54 yang bertanding kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Muhyiddin turut menjelaskan PN akan menggerakkan kempen yang lebih ekstrem yang diketuai  Mohamed Azmin Ali akan dimulakan di semua peringkat.

“Harapan saya, beri sokongan sebanyak-banyaknya kepada calon PN kerana bagi kami, ini masa amat sesuai selepas rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri ( PRN).


WOIT

CALON MEMANG

HEBAT

AMIN

JANGAN ANGKUH

DUIT BELUM

SAMPAI

AMIN

BILA 

 FULUS MASUK

SEMUA AKAN

BERUBAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: