Ahad, 20 Oktober 2024

PANDANGAN RASIONAL DARI SOSOK BUKAN ISLAM



RUU Mufti: Ka Siong gesa kerajaan perpaduan ambil pandangan pelbagai pihak


KUALA LUMPUR – MCA akan menyokong apa juga Rang Undang-undang (RUU) yang baik untuk dibawa ke Parlimen bagi diluluskan.

Bagaimanapun, Presidennya, Wee Ka Siong berpendapat, RUU Mufti yang akan dibentangkan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat kali ini haruslah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk MCA, sebagai parti komponen kerajaan.

“MCA tiada wakil dalam Kabinet tetapi bagi Barisan Nasional, kita kena menyampaikan pandangan daripada semua kaum. Termasuklah parti-parti politik, mesti ada suara kedengaran daripada perspektif bukan Islam atau masyarakat Cina.

“MCA telah menyatakan pandangan secara rasmi baru-baru ini, dan diharapkan ia diambil kira sebelum RUU ini dibentang dan diluluskan.

“Terserah kepada Jemaah Menteri dan kerajaan hari ini untuk berlandaskan kepada nilai-nilai yang kita dokong selama ini, memastikan apa jua RUU yang akan menjadi Akta atau undang-undang pada masa akan datang, tidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 71 di Dewan San Choon, hari ini.

Tambah Ka Siong lagi, kerajaan seharusnya memperhalusi apa-apa peruntukan dalam RUU berkenaan dengan teliti sebelum dibawa untuk digubal di Dewan Rakyat.

Pendekatan itu kata Ka Siong adalah penting sebagai kelulusan pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan berhubung kait isu taraf kewarganegaraan yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.

“Bagi saya, apa jua RUU perlulah melalui proses yang sama, iaitu mendengar suara rakyat daripada pelbagai latarbelakang.

“Saya yakin, apabila kerajaan mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk, meraikan kepelbagaian dan memelihara hak serta kebebasan rakyat dengan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, maka sudah tentu kehidupan rakyat Malaysia menjadi lebih sejahtera,” katanya lagi.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Media sebelum ini melaporkan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula Isnin lalu mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan. 

TAHNIAH !!!

KITA WAJIB 

DENGAR

PANDANGAN DARI

SESIAPA SAJA

AMIN

INI PANDANGAN

RASIONAL

DARI SOSOK

BUKAN ISLAM

AMIN

INI MEMBUKTIKAN

BAHAWA NEGARA

KITA BERBILANG

AGAMA

AMIN

JANGAN DISEMPIT

DAN DI SUSAHKAN

HIDUP INI DENGAN

PELBAGAI HUKUM

DAN SYARAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: