Selasa, 24 Mac 2026

BERITA BAIK UNTUK MENGHASUT


HAM DUL LIL

BERITA BAIK

UNTUK 

MENGHASUT

AMIN

TURUN

TURUN TURUN

AMIN

TERUSKAN 

SERANG

AMERIKA ISRAEL

SAMPAI MEREKA

LENGIT

KHALAS


Harga minyak melambung semula selepas Iran nafi rundingan tamat perang


SINGAPURA: Harga minyak meningkat hari ini akibat kebimbangan terhadap bekalan, selepas Iran menafikan mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Teluk, sekali gus bercanggah dengan kenyataan Presiden Donald Trump yang mengatakan perjanjian mungkin dapat dicapai tidak lama lagi.

Niaga hadapan Brent naik AS$2.89 atau 2.9 peratus kepada AS$102.83 setong pada 0710 GMT, manakala West Texas Intermediate (WTI) meningkat AS$2.49 atau 2.8 peratus kepada AS$90.62.

Niaga hadapan minyak mentah merosot lebih 10 peratus semalam selepas Trump mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap serangan ke atas loji janakuasa Iran, dengan menyatakan bahawa AS telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran yang tidak dinamakan yang menghasilkan 'perkara utama yang dipersetujui'.

"Dengan menangguhkan rancangan untuk menyerang loji janakuasa Iran selama lima hari, AS secara efektif mengurangkan sebahagian besar 'premium perang' daripada harga minyak," kata Ketua Penganalisis Pasaran KCM Trade, Tim Waterer.

"Pemulihan sederhana hari ini hanyalah pasaran cuba menstabilkan diri. Peniaga sedar bahawa walaupun peluru berpandu ditangguhkan, Selat Hormuz masih belum kembali sebagai laluan yang selamat."

Perang hampir menghentikan penghantaran kira-kira satu perlima minyak dan gas asli cecair dunia melalui Selat Hormuz.

Namun begitu, dua kapal tangki menuju ke India dilaporkan berjaya melalui selat itu semalam.

Tehran menolak dakwaan berhubung dengan Washington dan menyifatkannya sebagai usaha untuk memanipulasi pasaran kewangan, manakala Pengawal Revolusi Iran berkata mereka telah menyerang sasaran AS serta mengecam kenyataan Trump sebagai 'operasi psikologi yang lapuk'.

"Walaupun terdapat kemungkinan penurunan ketegangan selepas pengumuman Presiden Trump, kami menjangkakan paras lantai harga sekitar AS$85 hinga AS$90 dan kecenderungan untuk kembali ke sekitar AS$110 sehingga Selat Hormuz kembali beroperasi sepenuhnya," menurut Macquarie dalam nota kepada pelanggan.

Jika selat itu kekal ditutup secara efektif hingga akhir April, harga Brent berpotensi mencecah AS$150 setong, kata Macquarie.

Dalam serangan terbaharu ke atas infrastruktur tenaga di rantau berkenaan, sebuah pejabat syarikat gas dan stesen pengurangan tekanan diserang di bandar Isfahan, Iran, manakala sebuah projektil mengenai saluran paip gas yang membekalkan sebuah loji janakuasa di Khorramshahr, lapor agensi berita Fars Iran.

Bagi meredakan kekurangan bekalan, AS buat sementara waktu melonggarkan sekatan terhadap minyak Russia dan Iran yang berada di laut.

Sumber industri berkata, peniaga kini menawarkan minyak mentah Iran kepada penapis minyak India pada harga premium berbanding penanda aras Brent.

Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol, berkata agensi itu sedang berunding dengan kerajaan di Asia dan Eropah mengenai kemungkinan pelepasan tambahan daripada rizab strategik 'jika perlu'.

Namun, pasaran dijangka terus berdepan gangguan sekurang-kurangnya sehingga April, yang akan terus menyokong harga Brent dan mengekalkan momentum inflasi, kata penganalisis kanan pasaran Phillip Nova, Priyanka Sachdeva.

Eksekutif minyak dan menteri tenaga dalam satu persidangan di Houston turut memberi amaran mengenai kesan jangka panjang perang antara AS-Israel dan Iran terhadap ekonomi global.-Reuters


Tiada ulasan: