ORANG BENCI
PADA KITA BUKAN
PERKARA BARU
AMIN
GUA LIHAT GAMBAR
SULTAN PAKAI
SELUAR DALAM
AMIN
GUA JUGA LIHAT
GAMBAR TERAM
JADI MAK NYAH
AMIN
SEMUA HASIL
TEKNOLOJI
INTERNET
AMIN
APAKAH PEREKA
PEMBUAT SEMUA
AKAN DITANGKAP ?
AMIN
ADA BERJUTA
GAMAR IMEJ
VIDEO DALAM
DUNIA INI YANG
DIANGGAP
TAK SOPAN
AMIN
APAKAH AKAN
JADI KESALAHAN?
AMIN
BESAR MANA
AGAKNYA PENJARA
ITU NANTI
KHALAS
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak tegas terhadap individu yang menyebarkan kandungan menghina Institusi Kesultanan Selangor yang kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Fahmi berkata, pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan tersebut yang disifatkan sebagai tindakan biadab dan melampaui batas.
"Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, malah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara khususnya kesetiaan kepada Raja dan Negara serta keluhuran Perlembagaan.
"Institusi diraja adalah tonggak kedaulatan negeri dan negara. Ia bukan sekadar simbol, tetapi payung yang memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Justeru, sebarang cubaan untuk memperlekeh atau menghina institusi ini tidak boleh dipandang ringan.
"Saya menggesa PDRM agar menjalankan siasatan secara segera, telus dan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat. Pada masa yang sama, MCMC perlu mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kandungan digital yang melanggar undang-undang," katanya dalam kenyataan media semalam.
Dia berkata demikian mengulas hantaran di Facebook yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah mengaitkan baginda dengan pesta air yang menjadi pertikaian.
Semakan Malaysiakini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadamkan.
Sebelum ini satu lagi hantaran menghina Sultan Selangor melibatkan isu penternakan babi mendapat kecaman ramai pihak.
Menurut laporan The Star, polis telah merakam keterangan daripada 21 individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tersebut .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata, kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 (Seksyen 4(1)), Kanun Keseksaan (Seksyen 504) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233) .
Mengulas lanjut, Fahmi berkata kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan provokasi atau ketegangan dalam masyarakat majmuk.
"Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bersesuaian harus diperkasa bagi memastikan pengesanan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.
"Sekiranya insiden sebegini terus berulang, saya berpandangan bahawa kerajaan Persekutuan wajar mempertimbangkan langkah-langkah penambahbaikan termasuk memperkukuh kerangka perundangan dan penguatkuasaan sedia ada demi menjamin keharmonian masyarakat serta mempertahankan kedaulatan negara.
"Marilah kita bersama-sama memelihara adab, menghormati institusi, dan memperkukuh nilai kenegaraan dalam setiap tindakan kita," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan