Jumaat, 11 April 2014

PESTA ANTI POYO




SATU JEMPUTAN 

PESTA ANTI POYO



PESTA SENI SERI SETIA
DEWAN KOMUNITI SS15, 
SUBANG JAYA
5.00 PETANG - 10.00 MALAM / 19 APRIL 2014

PENGENALAN
PESTA SENI SERI SETIA (PSx3)
merupakan sebuah acara yang menggabungkan pelbagai elemen seni seperti muzik, sastera, visual, dan sebagainya di atas satu pentas.

KONSEP
PESTA SENI SERI SETIA (PSx3) berusaha menampilkan kelainan atau sesuatu yang baru dari konsep festival yang lain. Bukan setakat persembahan semata-mata, tetapi Psx3 juga menampilkan sesuatu yang lebih terbuka dan membina melalui komponen-komponen yang wujud di dalam acara ini.

Dari sudut acara pentasnya, penganjur amat menghargai jika peserta cuba menampilkan sesuatu yang baru untuk PSx3 kerana faktor sebegini yang membezakan Psx3 dengan acara-acara yang lain. Walaubagaimanapun, dengan kekangan waktu seperti sekarang, ia bukanlah satu kewajipan kepada para peserta.


OBJEKTIF
Bukan sekadar sebuah acara hiburan, objektif kami ialah menjadikan acara ini sebagai acara yang lain dari yang lain. Apabila ia tamat, kesemua peserta dan pengunjung akan belajar atau berpengalaman sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Secara keseluruhan, PSx3 bukan bertujuan untuk menjadi pesta/festival yang terbesar, tetapi menjadi sebuah acara yang menarik yang mempunyai format tersendiri, menekankan aspek komuniti dan pemerkasaan golongan belia, mengetengahkan elemen pembelajaran dan bersifat demokrat.

PENAJAAN
Program ini dibiayai oleh DUN Seri Setia di bawah kelolaan YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan peruntukan yang diterima tidaklah sebesar mana, seterusnya mencerminkan jumlah yang kami tawarkan kepada anda. Sebagai penghargaan tambahan, kami juga akan memberi beg cenderamata + sijil penyertaan dari kerajaan negeri.

Kami tahu yang jumlah yang ditawarkan tidak mampu untuk menyamai bayaran yang diterima mengikut kadar komersil, tetapi jika anda merasakan PSx3 merupakan sebuah sesuatu yang baik, maka sokonglah acara ini mengikut kemampuan anda.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila berhubung dengan personel kami.


ZAHID  018 -573- 10- 77

--------

Tiada ulasan: