Sabtu, 17 Januari 2015

PERLU PENJELASAN









PEMILIK MYEG UNTUNG RM137 JUTA DALAM 2 MINGGU
AHMAD ZAHID WAJIB BANTU SIASATAN MYCC

Hari demi hari rakyat menunggu maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi atas alasan penganugerahan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada MyEG, malahan Ahmad Zahid masih membisu dan seolah-olah menteri yang sudah hilang.

Hari ini saya turut mendedahkan kadar kenaikan harga saham MyEG serta keuntungan atas kertas yang diperolehi oleh pemilik-pemilik MyEG yang jelas rapat berkaitan dengan UMNO/BN.

Harga tutup MyEG pada hari semalam (16 Jan 2015) adalah RM2.50. Berdasarkan harga saham pada 2 Jan 2015 iaitu RM2.10 (selepas pembetulan), MyEG telah mencatatkan peningkatan sebanyak 19%. Ini telah memberikan permodalan pasaran (market capitalization) sebanyak RM463 juta kepada MyEG.

Berdasarkan pengumuman terkini, Raja Haji Munir Shah, salah seorang pemegang saham terbesar yang juga merupakan Bekas Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Tanjung UMNO, mempunyai 374,135,796 unit saham ataupun menguasai 31.1% syarikat MyEG.[1]

Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini telah memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada Raja Haji Munir Shah.

Jelas rezeki lumayan ini pasti mencecah anggaran konservatif RM95 juta sebelum ini kerana keuntungan kepada seorang individu telahpun melebihi anggaran tersebut. Sumber-sumber pendapatan MyEG termasuk:

1.     Kutipan pembaharuan PLKS sebanyak RM38 bagi setiap pekerja asing;

2.     Penguasaan pembaharuan insurans;

3.     Pembayaran RM20 lebihan jika tidak memperbaharui insurans melaluiMyEG;

4.     Faedah yang dijana melalui kutipan levi yang dijangka mencecah RM4.4 bilion.

Harga pasaran Bursa Malaysia meletakkan jangkaan keuntungan MyEG antara RM400 hingga RM500 juta.  Sedihnya keuntungan ini adalah bersandarkan beban dan kesengsaraan rakyat dan majikan secara keseluruhan.

Pada 14 Jan 2015, saya bersama  Dr. Tan Yee Kew telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) atas monopoli MyEG terhadap pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Jelas kontrak monopoli ini telah memberikan keuntungan luar biasa kepada syarikat swasta MyEG serta kroni mereka. Amalan monopoli ini juga telah menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

Sementara menunggu siasatan profesional dan terperinci oleh MyCC, saya juga mengingatkan bahawa kami telah menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pihak yang membantu dalam siasatan monopoli oleh MyCC. Saya menggesa supaya Ahmad Zahid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MyCC. Jangan cuba mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang menteri dan ahli kabinet.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan
 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat










-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu lagi projek tipu melayu!

Tanpa Nama berkata...

Lahanat nak kaya kan geng geng Lahanat , mentedarah harta rakyat terang terang.

Orang orang Melayu asal usul bangsa kaya bijak pandai ke ???

Tanpa Nama berkata...

Dalam negara wasa"tahi"yah, persaingan adalah haroooommm. Monopoli adalah jihad suci. TNB TM Syarikat2 Air dok buat untung tak sangga gila. Tetapi ditafsir rugi kerana kontrektor2 dan mana2 syarikat melayu, walau dpt kontrek berniaga air cond dlm neraka pun, mereka tetap akan rugi.

Melayu mmg bangsa bangsat dari Sumatera. Mana tahu appreciate hasilbumi semenanjung? Tahu2nya hanyalah enjoy de menjoy.