Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkata, permintaan terhadap produk francais negara membuktikan sektor berkenaan mampu berkembang dengan lebih pesat.

Jelas beliau, ini secara tidak langsung meningkatkan aliran wang masuk ke Malaysia menerusi peningkatan eksport produk tempatan ke negara luar.