Isnin, 27 Julai 2015

SATU JEMPUTAN








JEMPUTAN

PELANCARAN 

BUKU



1. Suara-suara melawan bukan suara orang yang kecewa atau berontak kosong. Suara-suara melawan adalah suara orang-orang yang berfikir tentang semalam dan hari ini, untuk masa hadapan.

Seeds of Dissent dari Dr Ying Hooi merakamkan analisa ke atas budaya melawan dan bagaimana ia membentuk masa depan kita semua. 

2. Kritik sosial dan politik penting untuk pembangunan masyarakat. Kegagalan kita adalah kita terlalu sibuk menilai orang lain sebelum memahami diri sendiri.

Ini Bukan Klise 2 oleh Amin Iskandar menyambung semula persoalan-persoalan yang dilontar dalam terbitan sebelumnya dengan tajuk yang sama.

Kedua-duanya dilancarkan bersama 28 Julai 2015 (Selasa), 8.00 malam di GerakBudaya oleh Zunar dengan diiringi kugiran The BangsArt.

Jemput hadir!



BUKU PEJUANG NASIONALIS KEMERDEKAAN


Pelancaran Buku 'Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari'

Tarikh : 2 Ogos 2015, Ahad
Masa : 10:00 am
Tempat : Bangunan LLG
              89 & 91, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama : Pusat Sejarah Rakyat & SIRD


Suara Bicara: Fragmen Memoir Said Zahari (suntingan Abdul Rahman Embong, 2015) merupakan fragmen memoir Said Zahari, dan sekaligus sebuah festschrift atau karya penghormatan untuk beliau. 

Buku ini yang merupakan buku ketiga dalam trilogi beliau meraikan sejarah hidup dan sumbangan besar Pak Said sebagai seorang wartawan veteran dan patriot angkatan lama kepada perjuangan kemerdekaan, kebebasan dan keadilan, serta sebagai lambang nurani kebebasan manusia sejagat. Buku ini memancarkan watak beliau yang penuh optimisme, yang tidak boleh ditundukkan baik oleh penjara, seksaan, dan penghinaan, mahupun oleh penyakit dan usia.

Pertanyaan 03-79578342


THE BANGSART
AKAN MEMBUAT
 PERSEMBAHAN



---------

Tiada ulasan: