Sabtu, 31 Oktober 2015

POTONG BUJET PELAJARAN






BAJET 2016:
BIASISWA, DERMASISWA DAN BANTUAN PELAJARAN DIPOTONG 23%

Bajet 2016 telah mengundang kontroversi apabila Najib Razak memotong peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27% berbanding peruntukan tahun 2015.

Walau bagaimana pun, potongan peruntukan kepada IPTA bukanlah satu-satunya potongan terhadap sektor pendidikan. Analisa lanjut belanja mengurus bagi tahun 2016 berbanding 2015 menunjukkan Najib Razak juga telah memotong peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran sebanyak RM812 juta (atau 23% berbanding 2015) seperti berikut:


2015
2016
Potongan (%)
Perkara 41000
Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran

3,458,877,600

2,647,375,900

811,501,700
(23%)

Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM3.2 bilion dalam Bajet 2016. Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia.

Malangnya, pada masa yang sama perbelanjaan mengurus yang lain yang merugikan rakyat terus naik. Dua perkara perbelanjaan yang naik adalah “Perkara 44000: Tuntutan Insuran dan Pampasan” serta “Perkara 45000: Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara” dengan kenaikan seperti berikut;





2015
2016
Kenaikan (%)
Perkara 44000
Tuntutan Insuran dan Pampasan

1,112,931,700

1,186,773,500

73,841,800
(7%)
Perkara 45000
Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara

27,073,231,400

32,465,115,900

5,391,884,500 (20%)

Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan tidak akan meningkat begini sekiranya kewangan negara diuruskan dengan baik. Malah, sekiranya peningkatan belanja mendadak kos mengurus hutang dan tuntutan insuran/pampasan sebanyak RM5.5 bilion ini tidak berlaku, jumlah ini jauh lebih besar dari potongan kepada IPTA dan biasiswa sebanyak RM3.2 bilion seperti di atas.

Pengurusan kewangan negara di bawah Najib Razak sudah sampai ke peringkat kritikal sehinggakan sektor pendidikan dan biasiswa (dua perkara yang dijamin di dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan Bumiputra) turut dikorbankan untuk menampung hutang dan pampasan, sedangkan perbelanjaan hutang dan pampasan itu ialah akibat kelemahan kerajaan Barisan Nasional sendiri.

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
LIEW CHIN TONG, AHLI PARLIMEN KLUANG

Bagi pihak
JK EKONOMI PAKATAN HARAPAN






-------------------

2 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Kalau mereka semuani cerdik..mampuslah ketuanan melayu..biaq steady steady je pandai meke ni...jangan oberlimit..kalau kipidap kipidap..tak pa...jangan dont gibap..mampui ketuanan melayu..kang ketuanan bajau pulak ambik alih...kakkkakak..said keruak dan rahman dahlan nak jadi PM...kakakkakaka...aku putung pelir aku.......kakakakakkakk

Tanpa Nama berkata...

SELARAS , bukan nya potong.


Mat Mongol dah kata..dia tak perlu dikelilingi olih orang yang bijak
Mat Mongol chuma perlu orang yang bahalol..sebab chuma yang bodoh akan sokong mat Mongol.
Mat Mongol chuma nak ada yang Bangsat dan Bahalol.
terus sokong...dulu , kini dan selama lama nya...