Khamis, 14 Januari 2016

SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA







TUJUH

TAHUN 

KEMUDIAN



Surat Terbuka - Noorfadilla Ahmad Saikin V Kerajaan Malaysia (Diskriminasi Jantina), ulang tahun yang ke-7

Nama saya Noorfadilla Ahmad Saikin dan saya adalah mangsa diskriminasi jantina oleh kerajaan. Hari yang sama hari ini, 12 Januari, 7 tahun yang lalu pada 2009, saya telah ditawarkan pekerjaan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih. Pada hari yang sama juga, saya ditamatkan kerja kerana kehamilan saya, bersama-sama 2 orang wanita lain. Anak yang saya kandungi pada masa itu, baru sahaja memasuki persekolahan Tahun 1 minggu lepas. Saya telah memfailkan kes terhadap kerajaan sejak Mei 2010 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan bantuan peguam Edmund Bon, Honey Tan dan YB Zuraida Kamaruddin. Pada 13 Julai 2011, kami telah memenangi kes tersebut. Kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Ogos 2011. Kerajaan tidak memohon tarikh pengurusan kes dari Mahkamah Rayuan, dengan itu kes ditutup selama 23 bulan tanpa sebarang tindakan susulan oleh kerajaan. Kemudian, pada 27 Julai 2013, kes didengar di Mahkamah Rayuan, tetapi kerajaan menarik semula kes tersebut di hadapan para hakim, dengan itu menjadikan keputusan sebelumnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai muktamad.

Ia diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam - oleh Hakim Dato Zaleha Yusof pada tahun 2011, bahawa tindakan 
menamatkan saya dari kerja disebabkan kehamilan adalah tidak mengikut Perlembagaan. Namun, bukan itu sahaja. Keputusan tersebut bukan hukuman atau pencegahan terhadap kerajaan untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 

Kami perlu memfailkan untuk ganti rugi, walaupun merasakan ia tidak memberi banyak perubahan. Kami kembali semula ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi penilaian kerosakan. Pada 18 September 2013, Joachim Xavier dan Honey Tan memfailkan ganti rugi. Selepas lebih daripada setahun pengurusan kes, Mahkamah menganugerahkan satu lagi pengadilan (mercu tanda/penting) Saya dianugerahkan sejumlah RM300,000.00 berikutan pelanggaran perlembagaan oleh Mahkamah Shah Alam Tinggi - Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah, Ahmad Rizki Abdul Jalil, pada 10 November 2014. Pada 24 Disember 2014 kerajaan kemudiannya merayu ke atas tuntutan kerosakan yang dianugerahkan. Beberapa bulan berlalu dan rayuan bagi penilaian kerosakan itu akhirnya didengar di hadapan seorang hakim lain pada 30 Jun 2015.

Mahkamah menetapkan tarikh sehingga 17 Ogos 2015 bagi keputusan kes tersebut. Namun pada 17 Ogos 2015, mahkamah masih belum membuat keputusan. Keputusan bagi kes itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditentukan sehinggalah ke hari ini. Saya tidak tahu bilakah akan berakhirnya kes ini. Kes ini merupakan satu perjalanan yang sangat panjang bagi mendapatkan keadilan. Saya telah menjadi mangsa sebanyak dua kali, sekali pada 12 Januari 2009, dan kali kedua semasa saya mendapatkan keadilan. Walaupun selepas keputusan oleh mahkamah, dan meskipun selepas kerajaan berterusan mengatakan bahawa mereka bersedia bagi kesaksamaan jantina dalam forum antarabangsa, hakikat sebenarnya adalah, kerajaan tidak bersedia mengakui bahawa mereka telah melakukan kesalahan, bahawa mereka telah melakukan pelanggaran Perlembagaan, dan bahawa mereka melakukan diskriminasi ke atas wanita di negara ini. Saya berani katakan, seperti yang telah saya baca, dengan merujuk kepada pembelaan kerajaan semasa perbicaraan penilaian kerosakan dan rayuan bagi ganti rugi yang diberikan kepada saya. Kerajaan juga merayu kepada perkara-perkara di luar skop rayuan, iaitu kadar faedah ganti rugi, yang mana telah diputuskan pada Julai 2011 dan tidak dicabar di Mahkamah Rayuan pada Julai 2013.

Saya berharap Mahkamah Tinggi Shah Alam nanti akan membuat keputusan dan menegakkan keadilan. Saya juga berharap kerajaan akan mengakui bahawa mereka sesungguhnya telah melanggar Perlembagaan dan mendiskriminasi wanita hamil dan membetulkan kesilapan. Diskriminasi jantina bukan suatu mitos. Ia adalah kenyataan. Sektor awam, sektor swasta dan masyarakat dalam negara ini perlu memandang serius berhubung perkara ini.


Kita mempunyai hanya 23 Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat, itu hanya 10% daripada 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Manakala di Dewan Negara, kita memiliki kira-kira 17 Ahli Dewan Negara wanita, kira-kira 24% daripada 70 Ahli Dewan di Dewan Negara. Semua itu hanya kira-kira 40 Ahli Parlimen wanita, atau 13% daripada 292 keseluruhan Ahli Parlimen. Kekurangan wakil wanita di Parlimen menunjukkan bahawa wanita kekurangan suara di negara ini. Walaupun wanita membentuk kira-kira 46% daripada jumlah tenaga kerja di negara ini, kita hanya mempunyai kira-kira 40 Ahli Parlimen wanita. Banyak kajian yang telah dijalankan, dan satu kesimpulan umum boleh dibuat bahawa, wanita cenderung untuk lebih awal meninggalkan bidang pekerjaan. Mengapa? Saya mengatakan bahawa kita mempunyai sangat sedikit suara di negara ini. Wanita tidak boleh membuat undang-undang atau dasar untuk menggalakkan 

kesaksamaan jantina. Malah Ahli Parlimen lelaki menuturkan kata-kata yang merendahkan Ahli Parlimen wanita di Parlimen semasa perbahasan. Kita perlu mengubah cara kita demi mencapai kesaksamaan jantina, di mana \wanita dan lelaki boleh bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain dan memacu negara ini ke tahap yang lebih tinggi untuk masa depan yang lebih baik demi anak-anak kita.




----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wanita2 di luar sana janganlah putus harap. Mereka perlu berbangga bahawa suami Perdana Menteri di negara ini adalah seorang wanita. Mana nak dapat macam ni di negara2 lain.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Ulang tahun ke 7

Sudah lama jugak Mat Bahalol lahap duit Rakyat

Minta Gomen bayar ganti rugi lah

BILYON BILYON ada kan

Minta 2,6 BILYON cukup lah

Tahniah !!!!!!!

Sama sama LAHAP free....

Tanpa Nama berkata...

HAHA..KERJA LAGI DENGAN GOMEN.
Berpuluh juta lagi kerja yang ada, dipilih juga nak kerja dengan gomen.
Bodoh-bodoh-dan-bodoh.. langsung aku tak kesian..

Padan Muka..kahkahkah