Selasa, 26 Mei 2026

BUDAYA YANG BAIK KITA IKUT


IKUT SEMUA

YANG BAIK

DARI 

SEMUA BUDAYA

AMIN

TOLAK YANG

TAK ELOK DARI

SEMUA BUDAYA

 TERMASUK

BUDAYA SENDIRI

KHALAS

Unknown commented on
 "PKR DI SHAH ALAM DI BUBAR"

Mahathir Mohamad dah lama kata, ikut cara ikut budaya Jepun ikut cara budaya Korea, dia sudah melihat jauh ke depan, kalau ikut perangai asabiyah kalau ikut perangai Tok Arab mesti lingkup, mesti berpecah-belah, runtuh roboh hidup tidak aman sentosa, dah kata, 

tetapi orang-orang kita semua mahu jadi Tok Arab, mahu jubah mahu kopiah mahu bini ramai macam Tok Arab, Tok Arab ada minyak kita ada apa? Harap brim? Harap bantuan untuk kahwin ramai? Mesti masuk politik atau agama untuk cari kekayaan sama kah kah kah kah mampus awal woi

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA 26  MEI 2026

PERANG HARI KE 88

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


PERTEMPURAN BERLAKU DI SELAT HORMUZ
Kemarin berlaku bentrokan antara  Askar Amerika dengan Soldadu Iran – walau pun gencatan sejata masih berjalan.

Dilaporkan soldadu Iran nak pasang bom jerangkap atas air laut – askar Amerika tembak – lalu tembak menembak berlaku.

Kelentong Mat Teram  tentang RUNDINGAN makin jauh.

Menteri Luar Iran  kata :  Damai masih jauh – hanya Teram buat lawak – kah kah kah.

PRU16
Tahun ini ?  Sebelum akhir tahun ? Bulan Oktober ?  Najib  bin Razak akan bebas untuk kempen di PRN Johor?

Agong dulu mahu Najib bin Razak  di bebas sebelum sambutan ulang tahun GEROMBOAN di Istana Johor – Agong mahu Najib bin Razak hadir sama – GAGAL – Agong minta Najib bin Razak di beri laluan untuk sambut hari jadi GEROMBOLAN. Pihak penjara tolak. 

SEMUA ini cerita atas cerita  – aji no moto – di tabur di sana sini untuk buat sedap rasa  UMAMI POLITIK  – kah kah  kah.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin petang ujan amat lebat. Matahari dah keluar. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Bila gua masuk diatas bukit saekor JANTAN MUDA melintas – wow ! gua nasib baik dapat melihat JANTAN MUDA  berjalan – agak  cepat – tak sempat gua nak ambil gambar. Muda kacak berekor panjang berbalong merah. 

Kuuur Kuur dari atas bukit.  Chiap Chiap Chiap – ini suara Tiong. Seeeet suara Cengkerik drari belukar.

Dari jauh gua nampak badan berlari – bila dekat rupanya Siti – kemudian yang lain  berkejar datang sama – Ramai makan pagi ini – Gua Gumbira.

Di Wakaf Tiga Jantan Putih dah sedia menunggu – Jantan ini baik sungguh. Ketika gua bersenam – dia naik atas tembok sebelah gua. 
Bila LIDAH MENJELIR NAMPAK HITAM - ini tanda darah  TELOM - anjing Asli Tanah Melayu.

Kemudian dia turun bergurau  dengan Tak Tak -  mungkin Tak Tak  tidak berminat bergurau  - lalu menjerit marah kah kah kah.

Pulang di Wakaf Pertama hanya Siti dan adiknya yang menunggu. Yang lain dah kenyang.  Tiong berlabuh – haya saekor.

Hari ini akan panas. Petang nanti gua nak BALIK KAMPUNG – nak beraya di kampung. Nak makan Lemang  Rendang Ayam dan Nasi Impit Kuah Kacang.

BRO
SENYUM KITA SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Lu bertanggung jawab pada hidup lu sendiri. Jangan simpan mentaliti jadi KORBAN.

BRO
Jika dulu lu jadi mangsa korban – lu ubah – tak semestinya lu akan terus jadi korban.

BRO
Pengorbanan yang maha besar akan jadi tapak dan tiang sebuah pencapaian yang luar biasa, Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA