Rabu, 20 April 2016

FBI SEMAKIN RAPAT



TIM FBI

SEMAKIN

DEKAT
 

Najib Makin Tertekan Penyelewengan 1MDB Bakal Di Dedah Jabatan Keadilan Amerika...


Ini adalah tangkapan pertama individu yang berkait dengan Skandal 1MDB atas permintaan Amerika Syarikat, yang dijangka mengegarkan politik Malaysia dan juga perniagaan berkaitan di Hollywood serta Las Vegas.
Sumber yang rapat dengan pegawai Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny, telah diletakkan dalam tahanan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, yang kini memproses permohonan ekstradisi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, berhubung dengan dakwaan berkaitan Skandal 1MDB.
Al Husseiny [gambar atas, kanan sekali], berasal dari Kenya, masih memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, walaupun telah berpindah ke Abu Dhabi.
Tindakan ini adalah rentetan dari satu penyiasatan yang sedang dijalankan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam beberapa bulan ini terhadap kehilangan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan Malaysia..
Kenyataan Akhbar 31 Mac 2016
Isu Penangkapan Pertama Berkaitan 1MDB
Isu 1MDB telah membuka lembaran baru di muka dunia apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, dan permohonan ekstradisi sedang di proseskan atas permintaan Amerika Syarikat. Penangkapan ini berkaitan dan berhubung rapat dengan isu 1MDB.
Ekstradisi adalah proses rasmi di mana satu negara memindahkan jenayah yang disyaki atau disabitkan ke negara lain. Antara negara-negara, ekstradisi biasanya dikawal oleh perjanjian melalui treaty.
Al Husseiny merupakan seorang yang memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan 1MDB. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015. Aabar merupakan syarikat subsidiary kepada IPIC – International Petroluem Investment Company. IPIC terlibat secara langsung dengan 1MDB.
Al Husseiny terlibat dalam bail – out hutang 1MDB pada Jun 2015 yang dilakukan atas kapasitinya sebagai CEO Aabar.
Ini merupakan penangkapan yang pertama secara rasmi yang berkait rapat dengan isu 1MDB. Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ianya berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat.
Penangkapan Al Husseiny hanyalah permulaan terhadap kes 1MDB. Yang pastinya, ianya juga bukan penangkapan terakhir.
Ini menunjukkan siasatan secara menyeluruh telah dilakukan di Amerika Syarikat. Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita.
Walaubagaimanapun, saya berharap dengan penangkapan ini, pelbagai jawapan kepada soalan – soalan dan spekulasi mengelilingi 1MDB mungkin terjawab.
YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar 


------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muga muga penyeleweng penipu negara satu malaysia dpt di tangkap semuanya....dan di penjarakan...semua esat mereka perlu di rampas.

Tanpa Nama berkata...

OBAMA pun boleh pau pau pau

kan budak KENYA jugak tu

cash is king aper

budak LOL tu pintar lah Abang