Ahad, 23 Oktober 2016

TOL NAIK HARGA LAGI




Kadar Tol Lebuhraya Dijangka Naik Akibat Pemansuhan Bajet Pampasan Tol

Kalau rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.
Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017.

Selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut. Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol. Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang. Mengikut Menteri KKR juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.

Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin. Rujuk gambar-gambar buku bajet yang dikepilkan.

Saya menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan. Saya tidak pasti  berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017. Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan.

Saya menyeru Menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang. Kenaikan kadar tol lebuhraya akan menjejaskan perancangan mereka.

Saya juga amat bimbang bahawa pemansuhan sama sekali 080100 Bayan Pampasan Tol dalam Bajet KKR, adalah satu dasar kekal (permanent) yang ingin menghentikan segala subsidi kepada rakyat. Rakyat Malaysia telah merasai bebanan hidup yang sangat tertekan selepas pembatalan pelbagai subsidi termasuk minyak petrol, diesel, elektrik, minyak masak, gula, dan sebagainya.  Adakah pemotongan pampasan tol ini selama-lamanya atau hanya untuk tahun 2016? Saya mohon menteri memberi penjelasan kepada rakyat. 

Saya juga menyeru menteri memberi penjelasan kepada rakyat berapa lebuhraya yang ingin menaikan kadar tol pada tahun 2017? Berapakah kadar kenaikan setiap lebuhraya? Berapakah pampasan yang dituntut daripada kerajaan.

Yang sudah pasti, jangan percaya dengan segala "berita baik" daripada Perdana Menteri, kerana "the devil is in the details".

Ahli Parlimen Bayan Baru 
YB Sim Tze Tzin





-----------------

3 ulasan:

thumblogic berkata...

Saya setuju dengan kenaikkan toll. Lagi tinggi toll lagi kurang kereta atas jalan raya. lama lamakereta kereta hilang dari jalan raya. Hidup Satu Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kalo tak naikkan tol, macam mane nak bayar gaji pekerja awam..pekerja awam banyak hutang.najib dah naikkan pinjaman perumahan pekerja awam, wajib la pekerja awam sokong langkah2 menaikkan tol..pekerja awam bole guna kereta kerajaan dan claim tol kat kerajaan..kpd pekerja swasta, terima kasih kerana membayar tol yg mahal..geng2 baju merah takyah bayar tol sb sabak bernam takda jalan bertol..kalo bayar tol pun diorng claim dgn umno selangor..tak caya, sila tanya contractor2 umno..elok gak naikkan sekarang, biasanya kenaikkan akan berlaku ketika musim ramadan kerana org islam tak bole marah2 ketika berpuasa.mufti kata salah dan berdosa..lagi satu, syarikat tol ni tak taja bersih, so rahman dahlan takkan black list syarikat ini..

Tanpa Nama berkata...

Naik kan lah harga tol mcm mana pun sesuka hati, rakyat marah sekejap ajer. Alaa... mcm yg lepas lepas laaa. Bising kejap seminggu lepas tu ok laa.

Kalau harga tol naik tiap2 bulan pun ok atau buat mcm harga petrol pun ok; naik seringgit, bila nak pru turunkan 5 sen. Rakyat akan bising kenaikan seringgit 5-6 hari lepas tu yg turun 5 sen akan terus dikenang sampai bila2. Alaa rakyat malaya senang jer nak pujuk. Tak kan itu pun tak reti?