Khamis, 13 September 2018

MAKAN TANGGUNG BERAK CANGGUNG





GENG MAKAN

TANGGUNG

BERAK 

CANGKONG

Tiada yang terkecuali lagi di Malaysia baharu



2 September, 2018.

ADA sebuah Malaysia yang baharu yang menuntut setiap orang menyesuaikan diri mereka, baik kakitangan awam, rakyat biasa, ahli politik mahupun kerabat diraja. Di Malaysia yang baharu ini, tiada apa-apa lagi yang suci.

Kakitangan awam diletakkan dalam penelitian yang rapi walaupun mereka mematuhi prosedur untuk melantik pegawai lantikan politik ke dalam sistem. Ahli politik seperti Anwar Ibrahim dikritik kerana cuba memaksa satu pilihan raya kecil diadakan untuk jadi ahli Parlimen.

Tetapi pihak yang rasa tidak selesa dan berdepan dengan banyak perubahan tentulah kerabat diraja. Sesetengah mereka merasa sukar untuk mengharungi persekitaran politik baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Apatah lagi, ini sebuah kerajaan Mahathir. Beliau tidak berdolak-dalik semasa jadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003 apabila membawa dua pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja. Apalagi sekarang, beliau sekali lagi jadi perdana menteri.


Namun raja-raja bebas berbuat apa saja semasa Najib berkuasa. Mereka menulis di blog, mengeluarkan kenyataan dan menegur ahli politik yang berkuasa tanpa banyak kesan sebaliknya. Mereka sudah terbiasa dengan status quo yang begitu.

Sekarang keadaan sudah berubah. Tidak saja kenyataan dan campur tangan mereka diteliti tetapi ia dipersoalkan secara terbuka.

Wartawan veteran dan blogger A Kadir Jasin seorang yang berterus terang apabila beliau bercakap tentang raja-raja, sama seperti semasa beliau mengendalikan akhbar The New Straits Times semasa Dr Mahathir Mohamad mentadbir dulu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1981 hingga 2003 membawa dua pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2018.
Dalam satu tulisan di blognya mengenai Tunku Mahkota Johor yang merungut tentang akaun media sosialnya diperhatikan oleh agensi risikan, Kadir dengan jelas menyatakan bukan paparan di media sosial itu yang jadi perhatian.

“Kebimbangannya ialah mereka memasuki arena politik di mana mereka dikritik, imuniti mereka dipersoalkan dan kedudukan mereka diperlekehkan,” tulis Kadir, yang juga penasihat media kepada perdana menteri Dr Mahathir.

“Sesiapa saja yang bermain politik mesti bersedia untuk dilayan seperti seorang ahli politik terutama apabila dia menyuarakan pandangan yang memihak di media – sosial atau formal,” katanya.

Beliau merujuk pada kenyataan putera raja itu mengenai pilihan yang betul untuk masa depan Malaysia sebelum pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam hal ini, biar bagaimana berhati-hati sekalipun Tungku Mahkota Johor menulis kenyataannya dan betapa betul sekalipun apa yang dirasakannya itu, hakikatnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap beliau dan ramai lagi kerabat diraja sebagai sebahagian daripada pihak berkuasa dalam politik lama.

Golongan politik lama itu sudah berakhir pada 9 Mei lalu. Rakyat Malaysia memilih cara baru yang mengejutkan ahli politik Barisan Nasional dan kerabat diraja yang menyokong mereka.

Sekarang ini ada rasa tanggungjawab yang lebih besar, semak imbang yang lebih ketat terhadap mereka yang menempatkan diri masing-masing di tempat yang tinggi atau diletakkan di tempat itu oleh sejarah atau feudalisme.

Apa saja yang dikatakan oleh seseorang boleh dipulangkan semula kepada mereka. Setiap janji mesti dikota dan setiap gerak langkah diperhatikan. Di Malaysia yang baharu ini, setiap orang perlu melakukan apa yang dikatakannya.

Kita semua berkhidmat untuk negara, dan bukannya mengharapkan negara berkhidmat untuk kita. – 12 September, 2018.

* Jahabar Sadiq mengendalikan The Malaysian Insight


--------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Aku seronok tgk Lokman Adam buat demonstrasi pasal Raja. Bilangan yg dtg berdemo kurang sekor drp jumlah Raja dalam Malaya ni .. ..

Tanpa Nama berkata...

gua ada membaca kisah ucapan anwar ketika dihongkong..anwar berckp mengenai rohingya,pasal suu kyi yg tidak endahkan kaum islam minoriti di myanmar, anwar juga berckp perihal kaum minoriti uighur di china yg ditindas oleh china komunis.ini ucapan dari bakal perdana menteri port dickson..ini ucapan geli hati..nape gua kata mcm tu sb anwar lupa nak ckp pasal erdogan yg bunuh puak minoriti kurd..anwar penasihat ekonomi erdogan malah kawan baiknya juga..adalah lucu juga bila anwar tidak bckp ketika minoriti lgbt terjerit2 agar hak persamaan diadakan..anwar juga tidak mkutuk sikap jais yg menyebarkan dakwah diatas mimbar jumaat mengenai lgbt..esok hari jumaat, esok hari mimbar..kalo lu nak dgr dakwah2 kebencian , dtg la berjumaat..oh ya, anwar tak jumaat di selangor, anwar jumaat di port dickson..(oh ya serangan di idlib juga ada kaitan dgn puak uighur ini ,uighur ini fasih bahasa turki.lg best bila puak uighur lari dari penjara thailand, setahu gua thailand mmg tak pernah campur dlm apa2 perang..lain2 lu cari sendiri).

Tanpa Nama berkata...

ayat2 arwah karpal singh..tiada sesapa yg lebih tinggi dari perlembagaan..ini ayat bengali singh kafir harbi terhadap mantan sultan perak azlan shah..pas parti ug umno kata ini ayat sesat lg menyesatkan..sewajibnya tiada manusia lebih tinggi dari allah taala bukannya perlembagaan ciptaan penjajah british..err..bila nak bebaskan kelantan dan terenggani dari perlembagaan penjajah british?dinar emas apa jadi?takkan allah tak bantu ekonomi islem kot..takkan agen cia tak dpt dana dari king saudi?