Isnin, 15 Julai 2019

TIPU DAN FITNAH









SEMUA FITNAH

NIAT JAHAT

HINA PEMIMPIN

ISLAM YANG

PERNAH BAGI

SALAM PADA

BATU KUBUR...

OPS.... PADA

KUBUR NABI
MEMANG  BETUL
DUIT INI DIAMBIL
OLEH NAJIB


NAJIB BUAT APA
DENGAN DUIT INI?

NAJIB BUAT AMAL JARIAN
MENGIKUT SUNNAH WAL RASUAH

DI  ROME ITALI
NAJIB MENGHADIAHKAN 
 1226 TIKET UMRAH
KEPADA SAUDARA BARU 
ORANG ITALI
JUGA MENDIRIKAN
SEBUAH MADARASAH
DI EXPOSIZIONE  UNIVERSAL 
ROMA DISTRICT
KAWASAN LAMPU MERAH
YANG TERSOHOR


DI BANGKOK
ROSMAH MENGHADIAHKAN
12,564 HELAI TELEKONG
PADA PEKERJA SEX
YANG KESEJUKKAN
KERANA JARANG BERBAJU
DI WILAYAH PAT PONG
JUHA NAJIB MENDIRIKAN
SEBUAH SURAU
DI PAT PONG

DI HAWAII SEKALI
NAJIB MEMBERI MAKANAN
KEPADA
ANAK YATIM DAN
MENAJA 7,000 TIKET
UMRAH KE LES VEGAS
OPPS... MAAF
UMRAH KE LES VEGAS
DITAJA OLEH MUHAMAD AZLINA

NAJIB MENAJA 
UMRAH KE MEKAH
AMIN

Rekod kad kredit Najib tunjuk RM4 juta dibelanja untuk barangan mewah

KAD kredit atas nama Najib Razak digunakan di Itali, Hawaii dan Bangkok pada 2014 dan awal 2015 dengan nilai hutang hampir RM4 juta, mahkamah diberitahu hari ini.

Hutang itu kemudiannya dibayar dengan wang daripada akaun semasanya. 

Saksi ke-47 pendakwaan, Yeoh Eng Leong yang merupakan naib presiden AmBank bertanggungjawab ke atas proses kebenaran kad kredit dan pengurusan penipuan, mengesahkan 10 transaksi berlaku- dua menggunakan kredit kad Visa Platinum dan lapan menggunakan kad Masterclass Platinum.

Belanja paling besar menggunakan kad kredit Najib adalah pelbagai caj berjumlah €750,000 pada 8 Ogos 2014 di sebuah kedai barangan kemas De Grisogono yang terletak di Itali. De Grisogono adalah jenama barangan kemas Swizertland.

Pada 22 Disember 2014 pula, AS$130,627 (RM466,339) dicaj ke atas kad kredit Najib di kedai Chanel cawangan Honolulu, Hawaii.

Pada 13 Ogos 2014, hutang kad kredit sebanyak RM3,282,734.16 dibayar menggunakan akaun Ambank berakhir dengan nombor “880” milik Najib.

Keterangan Yeoh hari ini mengesahkan keterangan Pengurus AmBank R Uma Devi pada April lalu, bahawa RM449,586.95 dibayar untuk kad kredit Visa Platinum dan baki RM2,833,147.21 kepada kad kredit Mastercard Platinum.

Pada 5 Februari 2015, sebanyak RM466,330 pula dibayar kepada kad Visa daripada akaun berakhir dengan nombor “880” untuk perbelanjaan di kedai Chanel.

Wujud juga bayaran sebanyak RM127,017 untuk penginapan di Shangri-la Bangkok pada 4 Januari 2015.

Apabila ditanya Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed sama ada terdapat aduan mengenai transaksi tidak sah daripada Najib, Yeoh menjawab tidak ada. 

Pertuduhan ke atas Najib adalah berkaitan pinjaman RM4 juta kepada SRC International, daripada jumlah itu beliau didakwa menerima RM42 juta ke dalam akaun peribadinya pada 2014 dan 2015. 

Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan penggubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa. 

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu diwakili sekumpulan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Manakala, pendakwaan diterajui Peguam Negara Tommy Thomas, manakala hakim bersidang ialah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – 15 Julai, 2019.

SEMUA FITNAH

NAK PASTIKAN

NAJIB MASUK JIL

BILA NAJIB

MASUK JIL

BARU SENANG

PAKATAN MENANG

PRU 15

KAH KAH KAH


--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mcmmana dari pinjaman RM4 juta Najib boleh dapat RM42 juta? Apa punya turr daa..

Burn.bp berkata...

Yang peliknya masih banyak orang melyu yang percaya najib tidak bersalah sedangkan fakta sudah dikemukakan dimahkamah. Gaji dan elaun najib boleh capai rm3 juta setahun ke? Jika kak ros..dia menabung dari kecik lagi